GESAAN agar Muzium British mengembalikan semula artifak-artifak China susulan dakwaan sekitar 2,000 koleksi barangan dalam muzim berkenaan hilang kini menjadi perbualan hangat di media sosial negara itu.
Tuntutan tersebut menjadi topik paling popular di platform Weibo selepas penerbitan rencana dalam sebuah akhbar nasionalis.
Dalam rencana yang diterbitkan pada malam Ahad itu, Global Times meminta muzium tersebut untuk mengembalikan semula relik atau khazanah tinggalan budaya China "tanpa dikenakan sebarang bayaran."
Bagaimanapun, pemerintah China masih belum memberi sebarang ulasan mengenai isu tersebut.
Agensi berita BBC telah menghubungi Muzium British untuk mendapatkan komen, tetapi masih belum menerima jawapan.
Muzium British berhadapan dengan tekanan selepas kira-kira 2,000 artifak dilaporkan "hilang, dicuri atau rosak" dua minggu yang lalu.
Seorang kakitangan muzium itu telah diberhentikan ketika berita ini pertama kali tersebar.
Minggu lalu pula, pengarahnya, Hartwig Fischer mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan.
Dalam artikelnya, Global Times mendakwa, Muzium British yang terkenal di seluruh dunia itu telah gagal menjaga "harta benda budaya milik negara-negara lain."
"Kelemahan besar dalam pengurusan dan keselamatan objek budaya di Muzium British yang terbongkar oleh skandal ini telah membawa kepada runtuhnya dakwaan lama dan meluas yang mengatakan 'objek budaya asing lebih dilindungi dengan baik di Muzium British’," memetik penulisan rencana itu.
Muzium British, lapor CNN, mempunyai koleksi artifak China terbesar di Barat.
Menurut laman webnya, ia mempunyai kira-kira 23,000 objek China, merangkumi zaman Neolitik hingga sekarang merangkumi pelbagai jenis barangan berharga seperti lukisan, bahan cetak dan seramik.
Salah satu artifak yang paling terkenal ialah skrol "Peringatan kepada Wanita Istana" iaitu sebuah karya agung yang dianggap sebagai tonggak sejarah seni China.
Ini bukan kali pertama netizen China menuntut Muzium British untuk mengembalikan semula artifak dalam beberapa tahun terakhir, sejajar dengan meningkatnya sentimen nasionalis.
Bagaimanapun, rencana mengenai pencurian yang disyaki ini telah membangkitkan lebih banyak perbincangan kali ini.
Tanda pagar (hashtag) "Sila kembalikan artifak-artifak antik China Muzium British" berada dalam senarai carian Weibo sehingga tengah hari waktu tempatan pada hari Isnin.
Bahkan, carian itu telah dilihat lebih daripada 500 juta kali.
"Kembalikan objek-objek kepada pemilik asal mereka," itu antara komen yang mendapat tanda suka lebih daripada 32,000 kali.
"Sekarang negara sudah kaya dan rakyat sudah kuat, sudah tiba masanya untuk membawa kembali harta kita ke tanah air," antara komen yang turut mendapat perhatian.
Di sebalik puluhan ribu orang menyokong gesaan yang dibuat Global Times itu, tidak kurang juga ada sejumlah netizen lain tidak begitu terkesan.
"Kenapa kamu tidak pergi ke UK (United Kingdom) untuk mendapatkan harta kita? Sekadar berteriak di Weibo dalam negara hanya untuk menyelamatkan diri dan tanpa rasa malu," kata satu lagi komen netizen yang mendapat tanda suka lebih daripada 10,000 kali.
Global Times sangat terkenal dengan pandangan kritikal telah sering menerbitkan rencana dalam bahasa Inggeris menyerang Barat, terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika hubungan China dengan Barat agak kurang baik.
Dalam konteks gesaan dibuat Global Times itu juga, belum jelas apakah pemerintah China akan mengambil tindakan.
Namun begitu, gesaan agar muzium itu mengembalikan artifak-artifak bukan hanya sentimen yang terbatas pada China semata-mata.
Sebaliknya, setelah laporan mengenai pencurian artifak itu didedahkan, terdapat juga negara lain yang mendakwa Muzium British tidak lagi dapat dipercayai dengan artifak-artifak kuno mereka.
Pemerintah Greece misalnya, telah menuntut patung-patung Parthenon yang juga dikenali sebagai Marmer Elgin. Tuntutan itu dibuat sekali lagi minggu ini.
Menteri Kebudayaan Greece, Lina Mendoni yang dipetik sebagai berkata, persoalan berhubung tahap keselamatan di muzium itu ‘mengukuhkan lagi tuntutan untuk mengembalikan hak mereka.’
Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Nigeria turut menyeru Muzium British untuk mengembalikan patung-patung Bronz Benin yang diambil dari kerajaan Benin yang sekarang berada di wilayahnya.
Sementara itu, Tim Loughton iaitu Ahli Parlimen dari Parti Konservatif UK membidas tindakan yang diambil segelintir negara dengan menyifatkan tuntutan sedemikian sebagai "opportunis."
Katanya kepada BBC, negara-negara lain seharusnya "berkumpul untuk membantu mengembalikan benda-benda tersebut daripada cuba memanfaatkannya." - Agensi
Agensi
Tue Aug 29 2023
Gesaan agar Muzium British mengembalikan semula artifak-artifak China susulan dakwaan sekitar 2,000 koleksi barangan dalam muzim berkenaan hilang kini menjadi perbualan hangat di media sosial negara itu. - Foto fail/AP
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Muzium British ditutup sebahagiannya kerana sabotaj
Gangguan itu disebabkan oleh bekas kontraktor sistem teknikal yang telah diberhentikan minggu lalu.
Pertunjukan fesyen di Muzium British cetus kemarahan menteri Greece
Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece, Lina Mendoni pada Ahad mendakwa pertunjukan fesyen di hadapan arca Parthenon di Muzium British merupakan penghinaan kepada karya-karya agung Phidias.
Media China gesa Muzium British kembalikan koleksi artifak
Global Times mendakwa, Muzium British telah gagal menjaga "harta benda budaya milik negara-negara lain."
Muzium British gerakkan usaha mencari 2,000 artifak yang dicuri
Pentadbiran muzium anggarkan sekitar 2,000 artifak termasuk perhiasan emas dan permata telah dicuri dalam jangka masa yang panjang.
Pekerja Muzium British dipecat kerana barangan berharga hilang
Antara koleksi berharga yang hilang di muzium itu termasuk barang kemas, perhiasan dan batu permata dari abad ke-15.
Dr Mahathir saksikan koleksi Dunia Islam Muzium British
Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary yang mengetengahkan artifak kesenian Islam, sedang dalam pembinaan dan akan dibuka kepada umum pada 18 Okt ini.
But Salah jadi pameran di Muzium British
Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memasuki kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini sebentar tadi.