Rangkaian hotel Marriott International pada Jumaat memaklumkan berlakunya insiden kebocoran data peribadi membabitkan sehingga 500 juta pelanggannya.
Menurut laporan portal berita nbcnews, antara maklumat pelanggan yang terjejas termasuk nama, e-mel dan nombor telefon yang diakses melalui pangkalan data pada sistem tempahan pelanggan Starwood.
Rangkaian hotel terbesar dunia itu dalam satu kenyataan berkata ia berjaya mengesan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu pada 19 November di mana pangkalan data syarikat telah diakses sejak tahun 2014 lagi.
"Syarikat belum selesai mengenal pasti maklumat di dalam pangkalan data, tetapi kami percaya ia mengandungi maklumat sejumlah kira-kira 500 juta pelanggan yang membuat tempahan di premis Starwood," tulis kenyataan itu.
Maklumat lain yang terjejas termasuk kombinasi alamat pos, nombor pasport, maklumat akaun Starwood Preferred Guest, tarikh lahir, jantina, maklumat daftar masuk dan keluar, tarikh tempahan, dan pilihan komunikasi.
Astro Awani
Fri Nov 30 2018
![Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543581537_marriott.jpg)
Rangkaian hotel Marriott International pada Jumaat memaklumkan berlakunya insiden kebocoran data peribadi membabitkan sehingga 500 juta pelanggannya. -Foto Marriot.com
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543581537_marriott.jpg)
Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas
Antara maklumat pelanggan yang terjejas termasuk nama, e-mel dan nombor telefon yang diakses melalui pangkalan data pada sistem tempahan pelanggan Starwood.