Enam puluh lima tahun lalu pada tahun 1954; usaha untuk memecah tembok the four-minute mile berjaya dilakukan Roger Bannister di Oxford.
Jim Hines pula berjaya merendahkan rekod 100 meter dgn masa 9.9 saat menjadi atlet pertama mencatat masa bawah 10 saat di Olimpik Mexico 1968.
Mengapa pencapaian Kipchoge tidak tercatat dalam buku rekod IAAF sebagai rekod dunia?
Sebab utama pencapaian Kipchoge tidak diiktiraf adalah kerana acara ini merupakan acara tertutup, bukan maraton di New York, Boston, Paris, London mahupun Kuala Lumpur yang terbuka bagi semua.
Seterusnya dalam usaha menjadi manusia pertama berlari maraton di bawah 2 jam, acara ini mempunyai ciri ciri unik seperti berikut:
- Menggunakan 41 orang pelari penentu rentak – pace-setters terdiri dari pelari pelbagai negara bertaraf antarabangsa. Seramai tujuh pacemaker berlari setiap 4.8 km dalam formasi berbentuk V di hadapan Kipchoge. Ini bertujuan melindungnya dari tiupan angin dari arah hadapan.
- Lakaran laser berwarna hijau dipancar ke permukaan jalan bagi membantu Kigpchoge memijak tapak yang sudah ditetapkan sebagai tapak paling optimum sepanjang larian. Satu kilometre sebelum garisan penamat, kereta elektrik penyembur laser diketepikan bagi memberi tumpuan penuh penonton kepada Kipchoge.
- Kasut khusus dibekalkan syarikat Nike berdasarkan keluaran terbaharu Nike VaporFly Next% yang berharga AS$250 sepasang.
- Sepanjang larian, pembantu berbasikal menghulurkan minuman bermakna Kipchoge tidak perlu memperlahankan larian atau hilang konsentrasi mengejar rekod.
Ditanya apa sebenarnya yang ingin dibuktikan; Kipchoge menjawab “ Saya ingin memberi inspirasi kepada semua orang di luar sana bahawa tiada apa yang mampu manusia mencapai apa yang diidamkan.” (I want to inspire many people that no human is limited.”
Sebagai renungan, pelari marathon Malaysia terpantas ialah Tan Huong Leong yang mencatat 2.25:04 di Tokyo Marathon tahun lalu.