HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh hari ini menjadi saksi kepada usaha-usaha meningkatkan kerjasama dua hala dalam latihan diplomatik, aktiviti perundangan, perburuhan dan pertukaran berita antara dua negara.
Kedua-dua pemimpin berkenaan menyaksikan pertukaran dokumen-dokumen berkaitan yang ditanda tangani sebelum ini, dalam majlis khas yang berlangsung di Pejabat Kerajaan di sini.
Pada majlis itu Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah bertukar dokumen surat niat berhubung kerjasama dalam latihan diplomatik dengan rakan sejawatannya dari Vietnam Bui Thanh Son, manakala kerjasama perburuhan, pengambilan serta penghantaran pulang pekerja melibatkan pertukaran dokumen dengan menteri negara itu, Dao Ngoc Dung.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pula saling bertukar dokumen yang berkaitan aktiviti kerjasama perundangan dengan Menteri Undang-Undang Vietnam Le Thanh Long.
Sementara itu Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Khairdzir Md Yunus dan "General Director" Agensi Berita Vietnam (VNA) Vu Viet Trang turut bertukar dokumen mengenai perjanjian kerjasama profesional berkaitan pertukaran berita, gambar, kepakaran teknikal dan latihan ke dalam program kerjasama mereka.
Terdahulu kedua-dua pemimpin dan delegasi dari kedua-dua negara berbincang mengenai pelbagai kerjasama, antaranya dalam bidang ekonomi dan perdagangan, isu serantau dan antarabangsa, bagi meningkatkan perhubungan dua hala.
Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan sepanjang mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu yang yang kemudiannya diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.
Selepas itu kedua-dua-dua pemimpin bersama delegasi, menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Chinh di bangunan Pejabat Kerajaan.
Pagi tadi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, disambut dengan hamparan permaidani merah dan diberikan sambutan rasmi sebaik tiba di perkarangan Istana Presiden di sini, dan ketibaan beliau disambut oleh Chinh.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc, diikuti perjumpaan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, dan kemudiannya bertemu Pengerusi Dewan Rakyat (Chairman of the National Assembly) Vuong Dinh Hue.
Kunjungan sulung Perdana Menteri ke Vietnam ini adalah atas undangan Chinh.
Ismail Sabri yang tiba semalam dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pagi Selasa selepas mengadakan persidangan media dengan media Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah bertukar dokumen surat niat berhubung kerjasama dalam latihan diplomatik dengan rakan sejawatannya dari Vietnam Bui Thanh Son. - Gambar/ Bernama
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).