Kemunculan tahun 2014 menyaksikan lima anggota tidak tetap baharu menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), manakala Malaysia pula memperhebat lobinya untuk menganggotai badan berpengaruh itu pada 2015.
Lima anggota baharu yang akan menduduki kerusi berkenaan bagi penggal dua tahun ialah Chad, Chile, Jordan, Lithuania dan Nigeria, untuk mengambil alih tempat Azerbaijan, Guatemala, Maghribi, Pakistan dan Togo, kata satu sumber diplomatik kepada Bernama.
Jordan pula mengambil alih jawatan presiden UNSC, kerusi yang diisi mengikut giliran, dengan wakilnya di PBB Putera Zeid Ra’ad Zedi Al-Hussein menggantikan wakil tetap Perancis Gerard Araud, yang menyandang kerusi itu sejak Disember lepas.
Walaupun jawatan presiden UNSC lebih berupa suatu simbol, bukan kuasa, dan merupakan jawatan yang diisi mengikut giliran dalam kalangan anggota badan itu berdasarkan urutan abjad ejaan namanya dalam bahasa Inggeris, namun penggal satu bulan itu boleh menaikkan imej negara berkenaan dalam kalangan anggota diplomatik antarabangsa.
Jordan, yang menganggotai UNSC dua kali sejak menyertai PBB pada 1955, dipilih sebagai anggota tidak tetap pada 6 Dis oleh Perhimpunan Agung PBB bagi menggantikan Arab Saudi, yang menolak kerusi itu kerana mendakwa UNSC mengamalkan "dwistandard" dalam krisis Timur Tengah.
Ketika Chad dan Lithuania menduduki kerusi berkenaan untuk kali pertama, Nigeria dan Chile pula pernah mendudukinya sebanyak empat kali.
Selain lima anggota tetap yang mempunyai kuasa veto – China, Perancis, Rusia, United Kingdom (UK) dan Amerika – 10 anggota tidak tetap UNSC boleh dipilih mengikut Piagam PBB; lima anggota dipilih pada Oktober setiap tahun.
Tahun ini dijangka menyaksikan Malaysia melobi secara habis-habisan untuk menduduki kerusi anggota tidak tetap UNSC pada 2015.
Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Hussein Haniff, dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini berkata Malaysia “melobi secara proaktif" untuk menduduki kerusi itu pada 2015.
“Saya mengambil bahagian dalam semua perbahasan terbuka. Perwakilan Malaysia melobi secara aktif untuk dipilih. Setakat ini, kami adalah satu-satunya calon dari Asia untuk kerusi tidak tetap UNSC,” kata Hussein.
Beliau berkata di sebalik jaminan yang diberi kepada sesebuah negara bahawa calonya akan disokong negara lain, namun keadaan boleh berubah sekiranya sesebuah negara yang memberi jaminan itu mengubah pendiriannya.
Pengundian terakhir dibuat secara undi rahsia dan tiada siapa yang akan tahu negara mana yang menyokong atau tidak menyokong sesuatu calon.
Walaupun setakat ini Malaysia merupakan satu-satunya negara dari Asia yang tidak ditentang bagi menduduki kerusi tidak tetap UNSC, namun Hussein berharap "ia akan kekal demikian sehingga selesai proses pemilihan kelak".
Pencalonan Malaysia dicadang secara bersama oleh kumpulan Asean, suatu langkah yang mengukuhkan peluang Malaysia untuk menduduki kerusi itu.
Perwakilan Malaysia juga melobi secara aktif sokongan kumpulan dari Asia Pasifik, yang Hussein percaya akan mengumumkan sokongan mereka kepada Malaysia akhir bulan ini.
Restu kumpulan Asia Pasifik ini dipercayai akan mengukuhkan lagi peluang Malaysia untuk menduduki kerusi berkenaan pada pengundian akhir Perhimpunan Agung PBB pada Oktober tahun ini. Kali terakhir Malaysia menyandang kerusi tidak tetap UNSC ialah pada tahun 2000.
Jelas sekali, penyokong Malaysia di PBB gembira dengan sumbangan besarnya kepada PBB, terutama dalam misi pengaman badan dunia itu melalui penghantaran petugas berkemahiran tinggi dan terlatih.
“Ketika ini, Malaysia menghantar petugasnya menganggotai tujuh daripada 15 misi pengaman. Di samping itu, Malaysia juga menghantar pasukannya menyertai misi pembinaan keamanan dan menghulurkan bantuan pasca konflik, seperti di Liberia,” kata Hussein.
Malaysia memainkan peranan "amat aktif" dalam beberapa forum utama PBB. Hussein, yang juga naib presiden Perhimpunan Agung PBB dan pernah mempengerusikan Jawatankuasa Ketiga, secara beransur-ansur membina satu tapak sokongan untuk Malaysia.
“Kami telah membina kes yang kuat (untuk menduduki kerusi tidak tetap UNSC) berikutan momentum yang terhasil daripada tugas aktif kami untuk PBB," katanya.
Sambil menegaskan bahawa "pendirian berprinsip" Malaysia dihargai anggota Perhimpunan Agung, Hussein berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman juga melobi sokongan untuk Malaysia apabila bertemu rakan sejawatan beliau ketika melakukan kunjungan ke luar negara.
Menurut beliau Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di PBB tiga tahun lepas, mendapat sokongan baik anggota badan dunia itu.
Sambil menyifatkan Malaysia sebagai contoh terbaik sebuah negara yang mengamalkan prinsip kesederhanaan, Hussein berkata GMM menyediakan saluran untuk menyuarakan sikap sederhana dan menolak pendirian melampau dalam sebarang bentuk.
Bernama
Sun Jan 05 2014
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Transformasi rumah pangsa indahkan kawasan kediaman
Rumah Pangsa Pandan Utama dihias cantik dengan pelbagai corak dan rekaan kreatif yang berlainan di setiap tingkat.
Rafizi perlu mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang - Wee
Rafizi Ramli diselar kerana mendakwa kerajaan menggunakan bekas pembantu kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melobi kepentingan di negara itu.
'Jangan guna platform politik untuk kepentingan perniagaan dan peribadi' - TPM
Peringatan itu diberikan kepada segelintir pihak yang dikatakan terlibat dalam politik sebagai landasan untuk meluaskan perniagaan mereka.
Lantai KDN Jalan Duta retak
Kejadian dilaporkan berlaku jam 4 petang ketika orang ramai sedang berusrusan di beberapa kaunter KDN.
Siling hotel runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Bagaimanapun menurut laporan tiada individu yang tercedera dalam kejadian jam 5.30 petang itu.
Malaysia terus perhebat lobi sertai Majlis Keselamatan PBB
Malaysia pula memperhebat lobinya untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB pada 2015.
Shahidan: Sudut sidang media lobi Parlimen untuk anggota Parlimen
Beliau berkata anggota parlimen dari semua parti telah bersetuju dan mengetahui dari awal kegunaan sudut itu hanya dikhaskan bagi sidang media anggota parlimen.