Malaysia dan Laos bersetuju untuk meneroka banyak bidang kerjasama untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Persetujuan ini dicapai dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden Laos, Choummaly Sayasone semasa lawatan rasmi Anifah ke Laos pada 28 Februari.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Luar berkata, Anifah melakukan kunjungan hormat ke atas Sayasone, yang melahirkan hasrat supaya hubungan Laos dan Malaysia dipertingkatkan lagi untuk manfaat bersama kedua-dua
negara.
Selain itu, Anifah juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya iaitu Menteri Hal Ehwal Luar Laos, Dr Thongloun Sisoulith yang juga timbalan perdana menteri negara itu.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa hubungan Malaysia dan Laos, yang dibina atas kepercayaan, hormat-menghormati dan ikatan persahabatan yang kukuh, perlu diperluaskan lagi dalam beberapa bidang untuk meraih potensi sepenuhnya.
Dalam hubungan ini, kedua-dua menteri telah mengenal pasti beberapa bidang kerjasama, antara lain, meningkatkan perdagangan dan pelaburan, perbankan, pendidikan, pelancongan, perkhidmatan udara, kesihatan dan pertahanan, katanya.
Dalam pertemuan itu, Anifah memberi jaminan bahawa Malaysia menyokong sepenuhnya Kepengerusian ASEAN oleh Laos 2016 dan meneruskan momentum yang telah diwujudkan oleh blok 10 negara anggota sejak penubuhan Komuniti Asean pada Disember tahun lalu.
Mengenai kerjasama ekonomi dua hala, kenyataan itu berkata Anifah menggalakkan lebih banyak syarikat dari Malaysia melabur di Laos, dan mencari peluang untuk mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan mereka di wilayah Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV).
"Malaysia juga mengulangi hasrat untuk memperluas dan berkongsi kepakaran dalam bidang perbankan dengan Laos untuk mengukuhkan lagi institusi kewangan di negara itur
Mengenai institusi pendidikan tinggi, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Malaysia dan Laos perlu meneroka pelaksanaan program berkembar antara institusi yang akan menyediakan platform untuk pelajar Laos melanjutkan pengajian di Malaysia.
Kenyataan itu berkata, Malaysia telah melahirkan penghargaan kepada kerajaan Laos kerana membenarkan AirAsia mengadakan penerbangan tiga kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang, bermula Julai ini.
"Kelulusan ini pasti akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong dua hala dan menyediakan kesalinghubungan fizikal nilai tambah, yang akan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat, sejajar dengan Pelan Induk Asean mengenai Kesalinghubungan, 'katanya.
Mengenai penjagaan kesihatan, Anifah dan Dr Thongloun bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam penjagaan kesihatan melalui kerjasama dalam kawalan penyakit, farmaseutikal, keselamatan makanan serta penyelidikan dan pembangunan.
Malaysia, melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) akan menawarkan kepakaran teknikal untuk menubuhkan rangkaian dan mengukuhkan hubungan dengan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.
Oleh kerana Malaysia dan Laos akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 1 Julai tahun ini, kedua-dua negara juga bersetuju mengenai kemungkinan mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama ke-4, yang dihoskan oleh Laos pada tarikh sesuai yang dipersetujui bersama.
Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk memuktamadkan memorandum Persefahaman bagi kerjasama pertahanan pada masa depan.
Anifah juga mengetuai delegasi Malaysia ke Pemukiman Menteri-Menteri Luar Asean di Vientiane, Laos pada 26 dan 27 Februari.
Bernama
Mon Feb 29 2016
ANIFAH: 'Malaysia, Laos setuju teroka bidang kerjasama' - Gambar fail
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.
Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).
Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.