JAKARTA: Malaysia menyuarakan harapan agar resolusi dwitahunan mengenai Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) akan diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 tahun ini.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perjanjian SEANWFZ 2023-2027 yang membentuk rangka kerja keselamatan lanjutan akan meletakkan rangka bina yang melengkapi dan mengukuhkan Deklarasi Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali 1971.
Bercakap pada taklimat media pada Selasa, beliau menekankan mengenai pentingnya untuk semua Negara Senjata Nuklear (NWS) menandatangani dan meratifikasi Protokol Perjanjian itu.
"Malaysia berpandangan bahawa NWS boleh menandatangani dan mengesahkan protokol NWS SEANWFZ dengan atau tanpa sebarang pengecualian," katanya.
ASEAN sebagai organisasi serantau yang boleh dipercayai perlu mengadakan semua NWS, terutamanya disebabkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Zambry menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ di sini sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-56 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan.
Beliau juga berkongsi pendirian Malaysia mengenai kemajuan dalam pelaksanaan pelan tindakan dalam mengukuhkan pelaksanaan perjanjian itu.
Sementara itu, pada mesyuarat antara Menteri-menteri Luar ASEAN dengan Perwakilan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Zambry berkata terdapat kemajuan yang ketara dalam tugasan AICHR.
Beliau berkata wakil Malaysia kepada Profesor AICHR, Datuk Dr. Aishah Bidin telah membentangkan laporan AICHR.
Bagaimanapun, Zambry berkata AICHR harus terus mengukuhkan penglibatannya dengan rakan kongsi luar ASEAN, organisasi masyarakat sivil serta Badan Sektoral ASEAN untuk memastikan kemajuan berterusan dalam dimensi hak asasi manusia untuk keseluruhan usaha membina komuniti ASEAN.
Beliau juga memuji usaha AICHR dalam mengukuhkan perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan serta meningkatkan pemahaman tentang kesan perubahan iklim terhadap hak asasi manusia.
Di mesyuarat AMM Ke-56, Zambry berkata para menteri membincangkan kemajuan usaha pembangunan Komuniti ASEAN dan pelaksanaan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP).
Malaysia turut akan berkerjasama dengan Australia untuk menganjurkan satu program pembangunan kapasiti untuk Timor-Leste pada 18 hingga 22 September 2022 di Kuala Lumpur bagi membantu pengupayaan sumber manusia Timor-Leste menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Sebagai Negara Penyelaras Hubungan ASEAN- Gulf Cooperation Council (GCC), Malaysia turut memaklumkan Sidang Kemuncak ASEANGCC yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2023 di Riyadh.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata Malaysia turut menzahirkan kekecewaannya berhubung kegagalan pendirian ASEAN mengenai isu Laut China Selatan dimasukkan dalam Dokumen Akhir Non-Aligned Movement Coordinating Bureau (NAM-COB) pada 6 Julai 2023 di Baku, Azerbaijan.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar ASEAN meneliti perkara itu yang telah pun dipersetujui oleh Menteri Luar ASEAN yang lain.
Justeru, beliau mencadangkan agar ASEAN meneliti cara menangani perkara ini serta telah mendapat sokongan penuh daripada Menteri-menteri Luar ASEAN yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023

Zambry menekankan mengenai pentingnya untuk semua Negara Senjata Nuklear (NWS) menandatangani dan meratifikasi Protokol Perjanjian itu. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.