VIENTIANE: Malaysia menggesa rakan dialog yang menghadiri Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Laos menyokong gencatan senjata di Gaza serta menamatkan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia bersama Indonesia dan juga Brunei senada membawa usul dalam mesyuarat di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di sini.
"Kita menggesa rakan-rakan dialog untuk memastikan Israel mematuhi keputusan-keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di mana resolusi yang telah diputuskan iaitu Resolusi 2375 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi di Gaza," katanya kepada media Malaysia di sini pada Jumaat.
Beliau berkata Malaysia juga menggesa rakan-rakan dialog memberikan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Selain itu, Mohamad berkata Malaysia juga menghargai peranan dimainkan oleh Rusia, yang merupakan rakan dialog ASEAN dan anggota tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan menghargai peranan yang mainkan oleh pihak Rusia, selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memang dengan tegasnya menyokong perjuangan rakyat Palestin selama ini," katanya.
Beliau berkata Rusia boleh memainkan peranan untuk menjayakan agenda-agenda dalam misi membantu rakyat Palestin.
Mohamad juga memberitahu Lavrov bahawa Malaysia berharap Rusia terus memainkan peranan dalam mencapai gencatan senjata di Gaza.
Dalam pertemuan dengan rakan sejawat Hakan Fidan dari Turkiye, Mohamad berkata Malaysia dan Turkiye mahu pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dihentikan segera.
Beliau berkata Turkiye mahu supaya negara-negara Islam mengukuhkan kerjasama untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin," katanya.
Pada hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) dan mesyuarat berkaitan, Mohamad telah mengadakan dialog bersama dengan 10 rakan-rakan ASEAN pada Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN.
Selain Lavrov dan Fidan, antara rakan dialog yang hadir termasuk Setiausaha Luar United Kingdom David Lammy, Menteri Luar Norway Espen Barth Eide dan Perwakilan Tertinggi Hal Ehwal Luar Negara dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell-Fontelles.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia bersama Indonesia dan juga Brunei senada membawa usul dalam mesyuarat di Pusat Konvensyen Nasional (NCC). - Foto: Wisma Putra

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.