Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah tersendiri apabila tiga negara bergabung dalam menganjurkan majlis jamuan malam menjelang hari pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan badan dunia itu.
Tiga negara itu adalah Malaysia, Angola dan Venezuela yang masing-masing merupakan calon bagi setiap benua dalam usaha akhir melobi sebelum hari pengundian, Khamis ini.
Majlis resepsi itu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ramai wakil-wakil tetap daripada hampir kesemua 193 negara yang menganggotai badan dunia itu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada sidang media selepas majlis itu, berkata majlis bersama itu merupakan dedikasi tiga buah negara yang berkongsi matlamat sama.
Beliau berkata usaha merentasi wilayah berkenaan adalah permulaan kepada kerjasama lebih erat antara negara, juga wakil kepada Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), untuk berada dalam Majlis Keselamatan.
"Berdasarkan rekod cemerlang Malaysia dalam beberapa isu di bawah pengawasan PBB, kita sangat yakin Malaysia mampu menyumbang secara signifikan untuk bekerjasama dengan Angola dan Venezuela dan juga ahli Majlis Keselamatan yang lain.
Malaysia mewakili Asia Pasifik, adalah calon tunggal bagi rantau itu, manakala Angola pula mewakili benua Afrika dan Venezuela calon bagi Amerika Selatan dan Caribbean.
Venezuela diwakili oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan Rakyat, Rafael Ramirez Carreno manakala Angola diwakili Setiausaha Hubungan Luar, Manuel Domingos Augusto.
Pengundian secara sulit oleh 193 negara anggota badan dunia itu akan bermula 10 pagi.
Malaysia pernah menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali iaitu pada 1965, 1989-1990 dan bagi tempoh 1999-2000.
Bernama
Wed Oct 15 2014
![Malaysia, Angola, Venezuela cipta sejarah PBB Malaysia, Angola, Venezuela cipta sejarah PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374991864_295x200.jpg)
ANIFAH: Majlis bersama itu merupakan dedikasi tiga buah negara yang berkongsi matlamat sama.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Berlian 404 karat ditemui di Angola Berlian 404 karat ditemui di Angola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455681736_LucapaDiamond.jpg)
Berlian 404 karat ditemui di Angola
Sebiji berlian 404.2 karat ditemui di Angola, Afrika Selatan Angola telah diumumkan syarikat Lucapa Diamond yang berpangkalan di Australia, pada Isnin.
![Malaysia, Angola, Venezuela cipta sejarah PBB Malaysia, Angola, Venezuela cipta sejarah PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51374991864_295x200.jpg)
Malaysia, Angola, Venezuela cipta sejarah PBB
PBB mencipta sejarah tersendiri apabila tiga negara bergabung dalam menganjurkan majlis jamuan malam menjelang hari pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan badan dunia itu.