MAJLIS Menteri-Menteri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) pada Sabtu menggesa gencatan senjata segera, kekal dan tanpa syarat bagi menghentikan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Dalam deklarasi bersama selepas mesyuarat luar biasa Majlis Menteri Luar D-8 yang diadakan di Istanbul, negara-negara D-8 mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza serta di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Deklarasi itu menyatakan solidariti negara D-8 dalam menghadapi malapetaka kemanusiaan yang ditimpakan ke atas Semenanjung Gaza dan rakyatnya akibat serangan berterusan Israel selama lebih lapan bulan tanpa menghormati nilai moral dan kemanusiaan yang paling asas.
Negara D-8 juga menyeru semua negara memastikan Israel mematuhi dengan tegas langkah-langkah sementara yang diarahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) - untuk segera menghentikan serangan ketenteraannya dan sebarang tindakan lain di Rafah.
Ia juga menyeru Israel untuk berundur dari Rafah dan menyediakan keadaan untuk akses kemanusiaan yang selamat, segera dan tanpa halangan melalui lintasan Rafah, serta penyediaan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan di seluruh Semenanjung Gaza.
Deklarasi bersama itu juga mengesahkan sokongan teguh negara anggota D-8 kepada perjuangan rakyat Palestin untuk merealisasikan hak mereka yang tidak boleh dinafikan, keahlian penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua resolusi yang berkaitan dengan Perkara Palestin dalam forum antarabangsa.
Selain itu, deklarasi bersama menyeru pelaksanaan segera Resolusi PBB yang berkaitan, terutamanya Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2728 (2024) dan Resolusi UNSC 2720 (2023).
Pada masa sama, negara D-8 menyeru semua negara untuk menyokong, campur tangan dan/atau menyumbang kepada proses undang-undang di hadapan mekanisme/tribunal undang-undang antarabangsa untuk memastikan akauntabiliti terhadap pelanggaran serius Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Undang-undang Antarabangsa yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Selain itu, negara D-8 juga menyokong semua usaha ke arah memperkasakan ekonomi Palestin serta membina semula Gaza selepas pengunduran tentera Israel.
Beribu pejabat di Istanbul, D-8 terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
Negara-negara D-8 mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza serta di Tebing Barat. - Reuters
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Malaysia gesa negara D-8 supaya tidak hulur bantuan kepada Israel
Malaysia menggesa negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya tidak memberikan dana atau bantuan kepada Israel.
IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia sedang giat membangunkan industri berasaskan IoT seperti e-dagang, analitik data raya, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan automasi.
Malaysia usul pengiktirafan sijil vaksinasi dalam kalangan negara D-8
Muhyiddin percaya bahawa ia akan mempercepatkan pembukaan semula sektor yang paling teruk terjejas.
Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara - Ahmad Zahid
Banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.
Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia
Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung D-8 bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi tetapi juga bukti penghormatan terhadap sumbangan Malaysia.
Malaysia gesa anggota D-8 bantu pelarian Rohingya
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata negara anggota D-8 perlu membantu etnik Rohingya dengan cara mana yang boleh untuk meringankan keadaan sosioekonomi mereka yang menyedihkan.
TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8
Ahmad Zahid akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 di Istanbul, Turki, Jumaat ini.
Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian.