Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia apabila kepalanya tersepit ketika menaiki permainan roda Ferris di sebuah pesta ria pada Rabu malam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai MDM, 6, maut setelah mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di Pasar Malang, Taman Lanceng, Kecamatan Kapongan, Situbondo.

Menurut laporan portal Surabayainside.com, mangsa yang berkunjung ke tapak pesta itu bersama keluarganya menaiki permainan roda Ferris sendirian tanpa ditemani ayahnya.

Ketika permainan itu berpusing ke atas, mangsa dilihat menjenguk keluar untuk melambai ayahnya yang berada di bawah.

Ayah mangsa yang nampak kejadian itu bergegas meminta petugas menghentikan permainan roda Ferris tersebut.

Mangsa dibawa ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan namun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.