SINGAPURA: Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menangguhkan keputusannya terhadap rayuan warga Malaysia Nagaentran K. Dharmalingam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada November 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Nagaentran untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan mahkamah atas kesalahan pengedaran dadah.
Perbicaraan hari ini didengar di hadapan panel lima anggota terdiri daripada Ketua Hakim Sundaresh Menon dan Hakim Andrew Phang, Judith Prakash, Belinda Ang dan Chao Hick Tin.
"Kami akan menangguhkan penghakiman dan akan maklumkan anda tidak lama lagi," kata Menon dalam bilik mahkamah yang penuh sesak.
Selain rayuannya, Nagaentran yang diwakili oleh peguam Violet Netto juga memohon mahkamah menggunakan kuasa untuk memintanya dinilai oleh pakar psikiatri.
"Beliau (Menon) berkata akan memberikan keputusan tidak lama lagi tetapi tidak menyatakan tarikh. Saya tidak fikir hari ini," kata Pendakwa Raya Wong Woon Kwong ketika ditanya tarikh jangkaan penghakiman itu dikeluarkan.
Memakai pakaian seragam penjara berwarna ungu, Nagaentran dilihat tenang dan melambai ke arah seorang yang dipercayai ahli keluarganya di tempat duduk awam sebelum perbicaraan bermula.
Berasal dari Perak, dia dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin ke Singapura pada 2009.
BACA: Presiden Singapura arah tangguh sementara hukuman mati rakyat Malaysia IQ rendah
BACA: Hukuman gantung: Mahkamah Rayuan Singapura tolak rayuan warga Malaysia IQ rendah
Pada 2015 Nagaentran membuat permohonan untuk dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas undang-undang diubah bagi membenarkan hukuman alternatif.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun pada 2017 mengekalkan hukuman matinya selepas mempertimbangkan keterangan pakar daripada empat pakar psikiatri dan psikologi.
Proses rayuan telah melepasi peringkat akhir, dan permohonannya untuk pengampunan presiden ditolak pada 1 Jun 2020.
Kes Nagaenthran menarik perhatian antarabangsa dan pada 7 Nov, dilaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes ini.
Pada 3 Dis, Presiden Singapura Halimah Yacob berkata Nagaentran telah diberikan proses yang wajar dan sepenuhnya di bawah undang-undang.
Peguam Nagaentran mendakwa bahawa dia kurang upaya daripada segi intelek. Nagaentran dijadual dihukum gantung pada 10 Nov 2021, bagaimanapun, mendapat penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu tertuduh positif COVID-19 apabila dia hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukumannya.
Sementara itu, peguam Nagaentran, Netto berkata apa yang tinggal untuk anak guamnya kini adalah "belas kasihan kehakiman".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Nagaentran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin ke Singapura pada 2009. - Gambar fail/REUTERS
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Mahkamah Singapura tangguh keputusan rayuan Nagaentran
Mahkamah Rayuan Singapura menangguhkan keputusannya terhadap rayuan warga Malaysia Nagaentran K. Dharmalingam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.