NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan di daerah Raigad, di negeri Maharashtra, India pada malam Rabu, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Terdapat kira-kira 46 rumah di lokasi kejadian dan hampir 70 orang telah diselamatkan setakat ini, manakala hampir 100 lagi dikhuatiri terperangkap.

Seorang pegawai kanan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) berkata sebanyak empat pasukan NDRF telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, berikutan hujan tidak berhenti di beberapa kawasan di negeri Maharashtra, Jabatan Meteorologi India (IMD) telah mengisytiharkan "Amaran Merah" di daerah Raigad pada Khamis.

-- BERNAMA