Tindakan yang akan di kenakan ke atas Iran susulan rusuhan di kedutaan Arab Saudi di Tehran tertakluk kepada sebuah badan khas yang ditubuhkan Liga Arab.
Perkara tersebut diputuskan Liga Arab yang pada masa sama menggesa Tehran menghentikan sokongan kepada kumpulan tertentu terutamanya pengganas.
Setiausaha Agung Liga Arab, Adel Al Jubeir berkata sebelum jawatankuasa khas siasatan dibentuk liga tersebut, Iran terlebih dahulu perlu menghentikan sebarang sokongannya terhadap pergerakan keganasan.
Kesatuan tersebut melihat kepatuhan Iran mengikuti keseluruhan dasar yang telah ditetapkan sebelum ini dapat menjamin keselamatan dan kedamaian di rantau itu.
"Jika Iran mahu menggalas peranan positif di rantau ini, perlulah berurusan dengan negara-negara jiran mereka. Seperti yang berlaku di seluruh dunia, mereka perlu mempunyai hubungan baik dan tidak mencampuri dalam urusan lain, menolak keganasan dan tidak menyokongnya.
“Jika Iran berbuat sedemikian, tidak mustahil untuk rantau ini berada dalam keamanan. Namun jika mereka menyokong tekanan, keganasan dan ancaman kumpulan tertentu, Liga Arab akan menolak mereka,” ujar Adel.
Gesaan itu dibuat Adel ketika sesi sidang tergempar Liga Arab di Kaherah bagi membincangkan isu Iran dan isu pergolakan negara ahli.
Tambahnya, jawatankuasa yang bakal dibentuk itu nanti akan diwakili beberapa negara Liga Arab.
Perbincangan khusus akan dibuat bagi menentukan tindakan ataupun hukuman yang bakal diterima Iran sekiranya masih berdegil.
BACA: Arab Saudi putus hubungan diplomatik dengan Iran
Agensi
Mon Jan 11 2016
Adel Al Jubeir berkata, jika Iran mahu menggalas peranan positif di rantau Arab, perlulah berurusan dengan negara-negara jiran lain. - Gambar fail.
Jenazah Tun Daim selesai disembahyangkan
Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.
PM Jepun jalani pemeriksaan kesihatan kedua dalam tempoh 5 hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kali kedua di tengah-tengah kebimbangan selepas beliau dilihat terlelap seketika semasa sesi parlimen.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Tun Daim membantu kempen saya pada 2018 - Fahmi Fadzil
"Secara peribadi sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya terkenang budi dan jasa Allahyarham yang membantu kempen saya pada 2018" - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
Mengenang Tun Daim Zainuddin - Rais Yatim
Pemergian Tun Daim Zainuddin disifatkan sebagai kehilangan anak watan yang banyak menyumbang khidmat dan jasa dalam membina keutuhan kerajaan khususnya dalam sektor kewangan.
Itu luahan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI.
Kita ikuti rakaman perkongsian Rais mengenai Allahyarham Tun Daim.
Itu luahan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI.
Kita ikuti rakaman perkongsian Rais mengenai Allahyarham Tun Daim.
Pengalaman Tun Daim bukti kemajuan ekonomi negara - Kadir Jasin
Sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dalam bidang ekonomi cukup disegani dalam kalangan wartawan sepanjang menampuk pentadbiran suatu ketika dahulu.
Jenazah Tun Daim akan dikebumikan selepas Asar setakat 4 petang
Firadus Azil membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Jenazah Tun Daim akan dikebumikan selepas Asar setakat 4 petang
Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.
Liga Arab beri kata dua kepada Iran agar tolak keganasan
Setiausaha Agung Liga Arab, Adel Al Jubeir berkata, Iran terlebih dahulu perlu menghentikan sebarang sokongannya terhadap pergerakan keganasan.