LG KINI mengumumkan mereka akan mempertontonkan rekaan teknologi antena lutsinar untuk kenderaan, selari dengan acara CES 2024 pada awal Januari ini.
LG mengatakan teknologi baharu ini dibangunkan bersama firma pengeluar kaca di Perancis, iaitu Saint-Gobain Sekurit.
Antena lutsinar dalam bentuk filem ini akan ditambah pada cermin kenderaan, sekali gus memberikan rekaan yang lebih unik dan tidak memperlihatkan rekaan antena kepada umum.
LG menjayakan rekaan ini melalui penggunaan teknologi telekomunikasi mereka yang turut meliputi penyelesaian telematik lutsinar – yang dijangka akan menjadi fokus ramai pengeluar kenderaan dalam masa akan datang.
Dengan kenderaan mengintegrasikan pelbagai sensor dan teknologi komunikasi, rekaan antena turut memainkan peranan utama – supaya ia tidak mengganggu rekaan keseluruhan kenderaan, dan pada masa yang sama turut mengekalkan kadar kepekaan isyarat yang diterima dan dihantar.
LG mengatakan penyelesaian ini akan ditawarkan dalam bentuk atas cermin atau dalam cermin kenderaan – sama ada cermin depan kereta, pada bahagian bumbung kenderaan dan sebagainya.
Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kenderaan pertama yang akan gunakan teknologi ini. -Amanz
Amanz
Wed Dec 20 2023
![LG perlihat teknologi antena lutsinar untuk kenderaan LG perlihat teknologi antena lutsinar untuk kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703043888_TBGjpg.jpg)
LG mengatakan teknologi baharu ini dibangunkan bersama firma pengeluar kaca di Perancis, iaitu Saint-Gobain Sekurit. -Amanz
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
![CES 2019: Setelah LG, kini giliran Samsung perkenalkan telefon 5G CES 2019: Setelah LG, kini giliran Samsung perkenalkan telefon 5G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546905749_Samsung.jpg)
CES 2019: Setelah LG, kini giliran Samsung perkenalkan telefon 5G
TV 8K sebesar 98 inci ini merupakan antara produk premium Samsung di acara CES, iaitu sebuah pameran teknologi pengguna yang terbesar di dunia.
![CES 2019: LG sah pasarkan telefon 5G, juga perkenalkan TV 8K boleh lipat CES 2019: LG sah pasarkan telefon 5G, juga perkenalkan TV 8K boleh lipat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546906187_LGCES.jpg)
CES 2019: LG sah pasarkan telefon 5G, juga perkenalkan TV 8K boleh lipat
LG Electronics telah mempamerkan produk ini di CES 2019, iaitu pameran teknologi pengguna terbesar di dunia.