BAITULMUQADDIS: Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran, menurut laporan media.
Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain, lapor Agensi Anadolu yang memetik The Times of Israel.
Seorang wartawan Anadolu berkata siren dan letupan kuat juga kedengaran di Baitulmuqaddis, termasuk di atas bangunan parlimen Israel, Knesset.
Perkhidmatan ambulans Magen David Adom berkata seorang cedera parah di selatan Wilayah Negev dalam serangan itu.
Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan pada Sabtu pelancaran serangan dron dan misil ke atas Israel.
IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap "banyak sekali jenayah" dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik minggu lepas.
Tentera Israel berkata pihaknya berada dalam keadaan siap siaga tahap tinggi berikutan serangan Iran itu.
Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam serangan misil ke atas Kedutaan Iran di Damsyik pada 1 April termasuk tujuh penasihat tentera. Tehran mendakwa Israel melakukan serangan itu.
Tel Aviv tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu secara rasmi tetapi ia telah melakukan beberapa serangan yang menyasarkan kepentingan Iran di seluruh Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024

Siren dan letupan kuat juga kedengaran di Baitulmuqaddis, termasuk di atas bangunan parlimen Israel, Knesset. - Foto Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.

Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.

Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir
Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.

Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat.

Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal'
Serangan semalaman Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel telah 'digagalkan' kata tentera Israel.

Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.

Serangan Iran beri isyarat Tehran mampu bertindak dengan sendiri - Geostrategis
Serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel menunjukkan Tehran mampu bertindak sendiri terhadap negara seterunya itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron
Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran.

Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.