PARIS: Sekurang-kurangnya 37 orang cedera manakala dua lagi hilang dalam tragedi sebuah bangunan meletup di kota Paris atau lebih tepat di Latin Quarter pada Rabu.
Empat daripada mangsa yang cedera itu dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital.
Letupan yang berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas telah meruntuhkan sebuah pusat pengajian fesyen terkenal, Paris American Academy yang sangat masyhur dalam kalangan penuntut asing.
Media antarabangsa melaporkan sebanyak 70 buah jentera bomba dengan 270 kakitangan dan anggota bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
Sembilan doktor juga ditugaskan di lapangan bagi membantu merawat mangsa.
Pasukan bomba tempatan berkata, letupan itu telah menyebabkan dua bangunan runtuh, namun, polis kemudiannya memberitahu, hanya sebuah bangunan sahaja yang mengalami keruntuhan.
Agensi berita AFP melaporkan, saksi-saksi kejadian menggambarkan letupan yang berlaku sangat kuat sehingga menyebabkan api marak.
Bahkan, tingkap-tingkap bangunan yang terletal kira-kira 400 meter dari tempat kejadian juga pecah.
Pihak tentera telah dikerahkan untuk membantu memantau tahap keselamatan di kawasan kejadian. - Agensi
Agensi
Wed Jun 21 2023
Sekurang-kurangnya 37 orang cedera manakala dua lagi hilang dalam tragedi sebuah bangunan meletup di kota Paris atau lebih tepat di Latin Quarter pada Rabu. - Gambar REUTERS
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Letupan di Paris: Empat parah, dua hilang dalam kejadian bangunan meletup
Kejadian yang berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas telah meruntuhkan pusat pengajian fesyen terkenal, Paris American Academy.