Rancangan Thailand untuk melelong konsesi eksplorasi minyak dan gasnya menerima tentangan hebat daripada pertubuhan masyarakat yang menggesa agar diadakan satu referendum mengenainya, pada forum awam semalam.
Kerajaan bertegas tender itu akan diteruskan.
Forum itu bagi membolehkan masyarakat mendapatkan lebih banyak maklumat (daripada penceramah kedua-dua belah pihak), namun tarikh akhir pembidaan kedua pada 16 Mac ini tidak akan diubah, kata Menteri Tenaga Narongchai Akrasenee pada forum tersebut.
Narongchai berkata Akta Petroleum telah dipinda sebanyak lima kali dan ia kini lengkap dan akan memberi manfaat kepada negara.
Pembidaan pusingan ke-21 bagi konsesi eksplorasi minyak dan gas itu menawarkan enam blok luar pesisir di Teluk Thailand dan 23 blok di daratan di wilayah timur laut Thailand.
Bagaimanapun susulan forum awam sehari itu, seorang timbalan jurucakap kerajaan memberitahu sebuah jawatankuasa bersama merangkumi pertubuhan masyarakat dan kerajaan akan ditubuhkan bagi mengumpul pandangan berhubung perkara berkenaan.
Jawatankuasa itu akan membentangkan cadangannya kepada Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan-ocha sebelum tarikh akhir pembidaan pusingan ke-21 pada 16 Mac ini, kata Kol. Sansern Kaewkamnerd pada akhir forum.
Pada forum itu, perwakilan daripada pertubuhan masyarakat, Thirachai Phuvanatnaranubala yang merupakan bekas Menteri Kewangan, mencadangkan agar kerajaan meminda Akta Petroleum bagi memberi manfaat kepada negara serta mengasaskannya kepada tadbir urus yang cekap, bukan lelongan tergesa-gesa.
Thirachai berkata menerusi referendum atau undian, kerajaan berpeluang mendengar pandangan rakyat sama ada mereka mahu pembidaan untuk konsesi baharu.
Bernama
Sat Feb 21 2015

Rancangan Thailand untuk melelong konsesi eksplorasi minyak dan gasnya menerima tentangan hebat daripada pertubuhan masyarakat yang menggesa agar diadakan satu referendum mengenainya. - Gambar Fail

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.