Syarikat konglomerat China, Wanda, pada Sabtu membuka taman tema pertamanya, selepas majikannya yang bertaraf hartawan mengumumkan ‘perang’ terhadap Disney beberapa minggu sebelum gergasi hiburan Amerika itu melancarkan taman tema seumpamanya di Shanghai.
Wanda City, yang terletak di tenggara Nanchang, merangkumkan pusat beli-belah gergasi di hamparan hartanah melebihi dua kilometer persegi, termasuk sebuah taman tema seluas 80 hektar yang memiliki roller coaster tertinggi dan terpanjang di China.
Projek itu melibatkan hasil pelaburan 22 bilion yuan (RM14 bilion), kata kenyataan daripada syarikat berkenaan.
“Kami mahu menjadi model dan menyerlahkan pengaruh Cina sebagai budaya utama,” ujar pengasas Wanda, Wang Jianlin, sewaktu acara pembukaan taman itu sekali gus merujuk kepada ‘penjajahan’ budaya asing.
Seminggu sebelum itu, Wang yang dinobat majalah Forbes sebagai lelaki paling kaya di China, berkata dia memantau perkembangan Disney yang mahu membuka taman tema pertamanya di China pada Jun nanti.
“Kegilaan terhadap Mickey Mouse dan Donald Duck sudah berakhir. Zaman kita hanya mengikut Disney secara membuta tuli sudah lama tiada,” ujarnya dalam temu bual dengan stesen penyiaran CCTV.
Selepas pembinaan taman Wanda City di Nanchang, Wanda bercadang untuk membuka enam lagi taman tema di China dalam tempoh tiga tahun dan memiliki kira-kira 15 taman seumpamanya menjelang tahun 2020.
“Kami mahu memastikan Disney tidak mampu membuat keuntungan dalam sektor taman tema di China selama 10 dan 20 tahun.
“Seekor harimau tidak mampu melawan sekumpulan serigala,” ujarnya yang juga mendakwa Disney hanya menyalin pencapaian lampau tanpa berinovasi.
Namun pakar menyifatkan sasaran Wanda itu terlalu tinggi, memandangkan kumpulan berkenaan kurang berpengalaman dalam pasaran sektor taman tema.
Agensi
Sat May 28 2016
![Lelaki terkaya China umum 'perang' terhadap taman tema Disney Lelaki terkaya China umum 'perang' terhadap taman tema Disney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41464449403_WandaCity.jpg)
Taman Tema Wanda City yang pertama mula dibuka bagi memastikan budaya China terus mendominasi, tanpa dibayangi Disney. - Foto AFP
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
![Miniso buka pink store pertama di Malaysia Miniso buka pink store pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719149751_TBminiso.jpg)
Miniso buka pink store pertama di Malaysia
Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso melebarkan sayapnya dengan pembukaan pink store pertama di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.
![Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707366146_TBDisneyjpg.jpg)
Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini.
![Disney+ mula halang perkongsian kata laluan di AS Disney+ mula halang perkongsian kata laluan di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707365746_TBDisneyjpg.jpg)
Disney+ mula halang perkongsian kata laluan di AS
Disney Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Di Amerika
![Netflix akan tamatkan pelan 'Basic' tanpa iklan di beberapa negara Netflix akan tamatkan pelan 'Basic' tanpa iklan di beberapa negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706077367_NEtflixlogo.jpg)
Netflix akan tamatkan pelan 'Basic' tanpa iklan di beberapa negara
Ia akan dilakukan di Kanada terlebih dahulu sebelum turut akan ke Amerika Syarikat dan UK pada Q2 2024.
![Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704241964_TBDisneyMickeyMou.jpg)
Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse
Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.
!['The Little Mermaid' ungguli carta pecah panggung di Amerika Utara 'The Little Mermaid' ungguli carta pecah panggung di Amerika Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681090508_TBTheLittleMermaid.jpg)
'The Little Mermaid' ungguli carta pecah panggung di Amerika Utara
Filem The Little Mermaid mendahului carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara dengan anggaran jualan dalam masa tiga hari pada hujung mencecah AS$95.5 juta.
![Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684937907_TheLittleMermaid.jpg)
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
![Disney Plus rancang kurangkan kandungan, jual lebih banyak iklan dan tingkatkan yuran langganan Disney Plus rancang kurangkan kandungan, jual lebih banyak iklan dan tingkatkan yuran langganan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683794147_TBDisneyPlus.jpg)
Disney Plus rancang kurangkan kandungan, jual lebih banyak iklan dan tingkatkan yuran langganan
Untuk mengurangkan kos, Disney merancang untuk mengurangkan beberapa kandungan sedia ada pada perkhidmatan penstriman.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-05/51494916645_DisneyBobIgerSh.jpg)
Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini
Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.