Kisah seorang suami yang membunuh, mengerat dan membakar mayat isterinya selepas terlibat dalam satu pertelingkahan domestik di Karawang, Jawa Barat, Indonesia telah menggemparkan seluruh republik itu sekali gus mencetus kemarahan rakyat dan netizen.
Kes jenayah luar biasa itu terus mendapat liputan menyeluruh oleh hampir kesemua syarikat media negara tersebut, yang semakin digemparkan dengan pelbagai perkembangan.
Muhamad Kholili, 23, dalam laporan awal dikatakan bertindak sekejam itu selepas satu pertengkaran bersama isterinya, Siti Saadah, 21, (yang juga dikenali dengan nama NIndi atau Desi Wulansari).
BACA: Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri
BACA: 'Saya hanya menangis, terbayang anak ketika mengerat tubuh isteri saya'
Pertengkaran itu dakwanya, antara lain disebabkan oleh desakan isterinya yang mahu dia membeli kereta, sedangkan si suami tidak berkemampuan.
“Lelaki laknat,” kata seorang pengguna, @aisasahlan, di akaun Instagram pasangan tersebut yang kini terus dihujani maki hamun netizen Indonesia yang emosi.
“Gak punya otak!” herdik seorang pengguna lagi, @mieaangel.
“Iblis berwajah manusia!” marah seorang lagi.
Ramai yang beranggapan, jika benar si isteri sering mendesak, tidak patut dibalas dengan perbuatan sedahsyat itu. Rata-ratanya mahukan Kholil dihukum atas perbuatannya.
Dalam akaun Instagram yang belum disahkan pemilik sebenarnya itu, kali akhir pasangan berkenaan dilihat memuat naik gambar adalah pada 15 Julai 2016.
Kebanyakan gambar yang dimuat naik menunjukkan mood pasangan tersebut dalam suasana gembira.
Gambaran itu yang memuatkan ramai terkejut, lantas tertanya, bagaimana pasangan yang dilihat romantis itu boleh berakhir dengan sebuah tragedi mengerikan.
Nota luahan hati
Pada awalnya, Kholili menyatakan bahawa dia bertindak sedemikian kerana tertekan dengan sifat isterinya yang sering meminta-minta, selain mendakwa ibu bapanya juga sering dihina oleh Siti Saadah.
Bagaimanapun, semua dakwaan itu dikatakan sengaja dicipta sebagai alibi di hadapan polis.
Sewaktu menyiasat tempat kejadian, polis telah menemui nota yang dipercayai ditulis oleh Siti. Ia adalah curahan hati Siti mengenai tingkah laku Kholili yang selama ini terpaksa dihadapinya.
“Ingin saja pulang ke rumah tapi malu pada keluarga dan jiran-jiran. Ada suami tapi tak tinggal bersama, fikirannya pasti banyak yang negatif,” antara catatan pada nota yang diperoleh.
Pihak polis berkata, pertelingkahan itu ada kaitan dengan permintaan Siti Saadah sebelum ini yang mahu berpisah dengan suaminya.
Lantaran sakit hati, Kholili dipercayai telah hilang pertimbangan lalu bertindak sekejam itu.
Agensi
Sat Dec 16 2017

Netizen Indonesia 'mengamuk' di Instagram Kholili. - Foto: Instagram
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.

Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.

Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.