Polis British pada Khamis telah menangkap seorang lelaki yang membawa sebilah pisau di Whitehall, iaitu lokasi yang banyak menempatkan bangunan kementerian di tengah kota London, dan suspek kini ditahan di bawah undang-undang anti-keganasan.
“Seorang lelaki telah ditahan di Whitehall sekitar jam 2.22 petang (waktu tempatan), susulan penahanan dan pemeriksaan berdasarkan operasi yang berterusan," ujar Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.
Lelaki dalam usia akhir 20-an itu ditahan kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dan dipercayai mahu melakukan perbuatan keganasan. Pisau telah dirampas daripadanya, kata kenyataan itu.
Suspek ditahan di Parliament Street, yang tidak jauh dari bangunan Parlimen UK dan pejabat Perdana Menteri Theresa May di Downing Street.
Tiada sesiapa yang cedera dalam insiden berkenaan, dan Theresa juga tidak ada di pejabatnya ketika itu.
Insiden itu terjadi berselang sebulan selepas seorang suspek pengganas merempuh kenderaan yang dipandunya ke arah pejalan kaki di Jambatan Westminster, hingga meragut empat nyawa selain menikam mati seorang anggiota polis.
Agensi
Thu Apr 27 2017
Anggota keselamatan menahan suspek yang disyaki membawa senjata berbahaya dan dipercayai mahu merancang perbuatan ganas. - Reuters
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
PRU15: Kami bukan 'produk pelancongan', kami sebahagian arkitek pembentukan Malaysia - Presiden Baba Nyonya
Sumbangan yang diberikan oleh kaum itu dalam pembentukan Malaysia juga adalah sesuatu yang turut dirakam sejarah negara ini.
Tiada persetujuan menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu - Tommy Thomas
Ia termaktub sepertimana di bawah bidaan undang-undang oleh waris untuk mendapatkan pampasan bagi tanah Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.
Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.
Letak jawatan: Sajid Javid ganti Matt Hancock
Johnson berkata, Hancock sepatutnya meninggalkan pejabat dalam keadaan berbangga dengan pencapaiannya selama ini, bukan hanya dalam menangani wabak, malah sebelum COVID-19 menyerang.
Malaysia, UK lancar buku panduan mengenai bandar raya pintar
Malaysia dan UK bersama melancarkan buku panduan bertajuk "Smart City Handbook: Malaysia" bagi memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam aspek pembangunan bandar raya pintar.
Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Syarikat berkenaan ingin memberi penekanan kepada kelestarian kereta elektrik terhadap dua jenama keluarannya itu.
COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.