KABUL (Afghanistan): Lebih banyak kedutaan asing bakal dibuka di Afghanistan, kata Menteri Luar Negeri Amir Khan Mutaqqi.
Katanya, ini menunjukkan kerajaan baharu yang diterajui Taliban itu mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan terbaharu Jerman yang juga merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Kebanyakan negara misalnya Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran sudah mula membuka kedutaan mereka (di sini).
"Sementara Jerman turut disahkan akan membukanya (kedutaan) dalam minggu ini," katanya kepada Bernama menerusi penterjemah bahasa ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Amir Khan berkata pihaknya turut mengalu-alukan Malaysia untuk menimbang bagi membuka kedutaannya di Afghanistan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India turut ditauliahkan ke Afghanistan buat masa ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya memutuskan untuk mengekalkan Dr Moheb Rahman Spinghar sebagai Duta Afghanistan ke Malaysia.
Wartawan Bernama yang kini berada di Kabul, merupakan satu daripada 13 peserta yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Muslim Care Malaysia (MCM) ke bumi Afghanistan sejak negara itu di ambil alih Taliban pada 15 Aug lepas ia setelah menumbangkan kerajaan Mohammad Ashraf Gani, susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu selepas 20 tahun mendudukinya.
Setakat ini, kerajaan Malaysia masih mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan sebelum mengiktiraf kerajaan baharu Afghanistan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Amir Khan berkata, pihaknya turut mengalu-alukan Malaysia untuk menimbang bagi membuka kedutaannya di Afghanistan. - Twitter/@1TVNewsAF
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Kedutaan asing ucap tahniah kepada PM baharu Anwar Ibrahim
Mesej tahniah pertama yang diterima sejurus selepas mengangkat sumpah adalah daripada Duta Besar AS ke Malaysia Brian D McFeeters.
Lebih banyak negara asing mula buka kedutaan di Afghanistan - Amir Khan
Antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan terbaharu Jerman.
Tiga suspek ditahan dipercayai ada kaitan dengan Al-Qaeda
Pihak berkuasa Mesir memberkas tiga suspek dipercayai anggota kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.