GENEVA: Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Rabu.
IOM dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa 1.8 juta lagi penduduk dijangka hilang tempat tinggal jika perang berlarutan, lapor Agensi Anadolu.
Ia menyatakan bahawa terdapat 1.1 juta pelarian dan 3.8 juta penduduk hilang tempat tinggal di negara itu sebelum konflik.
Walaupun hampir 259,000 orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara berhampiran, IOM berkata bahawa lebih sejuta pelarian dan migran yang terjejas oleh konflik mungkin berpindah ke negara jiran jika konflik berterusan.
Menurut pertubuhan itu, bantuan kemanusiaan dipercayai diperlukan oleh lebih 25.7 juta orang dari dalam dan luar Sudan.
IOM juga mewujudkan pelan tindak balas dan membuat rayuan untuk US$209 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kritikal kepada mereka yang terjejas oleh krisis.
Rayuan itu termasuk keperluan mendesak sebanyak US$105 juta untuk Sudan dan US$104 juta lagi untuk respons di Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia, katanya.
"Situasi kemanusiaan semasa di Sudan adalah yang paling teruk yang pernah dialami negara itu.
"Berjuta-juta penduduk amat memerlukan bantuan asas seperti air, makanan dan tempat tinggal. Jika kita tidak bertindak sekarang, rakyat Sudan akan menghadapi malapetaka kemanusiaan yang tidak dapat dielakkan," kata Ketua Pengarah IOM Antonio Vitorino dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
![Lebih 843,000 hilang tempat tinggal sejak konflik Sudan bermula Lebih 843,000 hilang tempat tinggal sejak konflik Sudan bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684391909_TBsudan.jpg)
Bantuan kemanusiaan dipercayai diperlukan oleh lebih 25.7 juta orang dari dalam dan luar Sudan. - Gambar/ AP
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723696855_TBSUDAN.jpg)
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
![Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694919501_Sudanesesoldiers.jpg)
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.
![19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik 19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696908582_SouthSudanese.jpg)
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
![Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695097880_Sudanesepeople.jpg)
Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.
![Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694313329_earthquake.jpg)
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.
![Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693800859_ArmyClashes.jpg)
Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.
![Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692333876_smoke.jpg)
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
![Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688965012_TBSUDAN.jpg)
Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
![Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684112893_UNSpecialRepresent.jpg)
Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.
![Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683950078_TBsudan.jpg)
Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.