BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya 44 orang maut selepas dihimpit dalam satu kejadian rempuhan sewaktu satu festival keagamaan berlangsung di Israel pada Jumaat.
Puluhan ribu penganut Yahudi sebelum itu berkumpul di kawasan perkuburan Gunung Meron bagi peringatan ulang tahun Lag B'Omer yang merangkumi upacara doa dan tarian sepanjang malam.
Mereka berkumpul walaupun terdapat amaran awal oleh pegawai kesihatan bagi mengelakkan risiko dijangkiti COVID-19.
Saksi berkata, mereka ternampak orang ramai mengalami sesak nafas dan dipijak ketika penganjur memohon agar orang ramai bersurai.
"Kami fikir mungkin ada amaran (bom) mengenai bungkusan yang mencurigakan. Tiada siapa boleh bayangkan apa yang berlaku di sini. Kegembiraan menjadi kegelapan yang mendalam," kata seorang peserta yang bernama Titzhak.
Upacara keagamaan Lag B'Omer di Gunung Meron dianggap sebagai salah satu perhimpunan besar diadakan di Israel sejak wabak koronavirus melanda lebih setahun lalu.
Perkhidmatan ambulans Magen David Adom memaklumkan 103 orang cedera manakala puluhan lagi maut dalam insiden itu.
Stesen Televisyen Channel 12 Israel meletakkan angka korban awal sebanyak 38 mangsa namun angka dijangka terus meningkat.
Susulan itu pihak polis menutup kawasan tersebut.
Kawasan perkuburan itu dianggap sebagai salah sebuah tempat paling suci penganut Yahudi dan ia menjadi antara tumpuan ziarah tahunan mereka.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan kejadian itu sebagai 'bencana berat' sambil mendoakan kepada mangsa korban.
Agensi
Fri Apr 30 2021
Upacara Lag B'Omer di Gunung Meron dianggap sebagai salah satu perhimpunan besar diadakan di Israel sejak wabak Koronavirus melanda lebih setahun lalu. - Foto Reuters
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.
Israel tidak layak jadi anggota komuniti antarabangsa - Kementerian Luar Palestin
Negara Palestin akan terus bekerjasama dengan Francesca Albanese termasuk dalam konteks pembentangan laporan beliau yang akan datang kepada Perhimpunan Agung PBB.
Pemimpin PBB bidas tindakan Israel larang UNRWA beroperasi di Palestin
Beberapa negara Eropah memberi reaksi di media sosial selepas Israel meluluskan undang-undang melarang agensi pelarian Palestin PBB, (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Palestin.
Netanyahu tolak inisiatif gencatan senjata Mesir di Gaza
Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi mengumumkan cadangan itu, menurut media Israel.
Keputusan untuk serang Iran dibuat selepas berminggu-minggu berbincang - Pegawai Israel
Sasaran Israel ialah terhadap "yang menimbulkan ancaman atau boleh menimbulkan ancaman."
Israel serang 175 sasaran di Gaza dan Lubnan
Serangan ini menyasarkan gudang senjata, tapak pelancaran roket, dan infrastruktur lain yang digunakan oleh Hezbollah dan Hamas.
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
'Perang belum berakhir' - Netanyahu
Israel akan meneruskan perjuangannya sehingga tebusan dibawa pulang.
'Jangan lupa, Israel dibentuk melalui PBB' - Presiden Perancis ingatkan Netanyahu
Kenyataan Macron itu dikongsikan oleh seorang individu yang bercakap kepada agensi berita Perancis, AFP, dan meminta agar tidak dinamakan.