SEKURANG-kurangnya 29 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan tentera ke atas sebuah kem perlindungan bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di utara Myanmar.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap kumpulan pemberontak etnik yang mengawal kawasan tersebut.
Junta Myanmar didakwa melakukan pelbagai serangan berdarah menyasarkan orang awam ketika pihaknya berusaha mengawal bantahan akibat rampasan kuasa 2021.
Kolonel Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA), Naw Bu mengesahkan serangan terbaharu itu berlaku sekitar 11.30 malam (waktu tempatan) pada Selasa.
29 mayat termasuk kanak-kanak dan warga emas ditemui susulan serangan itu, manakala seramai 56 orang pula cedera.
Menurut Naw Bu, pihaknya sedang menyiasat jenis serangan yang dilakukan terhadap penghuni kem tersebut.
Katanya, pihak KIA tidak mendengar sebarang bunyi pesawat dan ia akan menyiasat sama ada pasukan tentera menggunakan dron untuk menyerang kem berhampiran bandar Laiza di sempadan China.
Beberapa gambar disiarkan media tempatan menunjukkan kesan selepas serangan tersebut dan pasukan penyelamat berusaha menarik keluar mayat dari bawah serpihan.
Tambah Naw Bu, sekurang-kurangnya 42 orang sedang dirawat di sebuah hospital berhampiran Laiza di negeri Kachin.
Sementara itu, jurucakap junta tentera, Zaw Min Tun berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan serangan di kem tersebut.
Astro Awani
Wed Oct 11 2023

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan tentera ke atas sebuah kem perlindungan bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di utara Myanmar. - Gambar AP
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Serangan Israel bunuh puluhan di Gaza
Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin di Gaza sepanjang Jumaat.

30 rakyat Palestin syahid, kereta kebal Israel ceroboh tengah Gaza
Kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke dalam sektor kem itu menyebabkan keadaan panik dalam kalangan penduduk.

Enam terkorban dalam banjir di Bangladesh
Tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.

16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Serangan ke atas sekolah di Al-Nuseirat membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan lebih 50 orang.

Serangan udara Israel bunuh 20 orang, cederakan puluhan awam di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat.

Al-Mawasi 'neraka' ciptaan rejim Zionis
Lebih 400,000 penduduk Gaza kini berlindung di al-Mawasi tanpa mengetahui muslihat sebenar rejim Zionis menempatkan mereka di situ.

Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.

Kem al-Fara, sasaran baharu siri serangan Israel
Serangan hendap berkenaan mengakibatkan enam penghuni terkorban, manakala sembilan lagi cedera apabila tentera Zionis Israel mengepung kem mereka.

Kem pelarian Jabalia musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin berkata, rumah bukan satu-satunya sasaran serangan, tetapi kezaliman zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.

33 terbunuh, pesawat pejuang Israel mengebom kem pelarian Gaza
Serangan itu berlaku ketika Israel umum akan meneruskan serangannya untuk menumpaskan penguasa Hamas di Gaza.