DHAKA: Seramai 232 lagi pelarian Rohingya tiba di pantai barat laut Indonesia sejak beberapa hari lalu selepas meninggalkan kem pelarian di Bangladesh, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Selasa.
Nelayan Indonesia dan pihak berkuasa tempatan telah menyelamatkan dua kumpulan Rohingya, termasuk 58 orang pada Ahad dan 174 lagi pada Isnin dan kebanyakannya merupakan wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu.
"Ramai dalam kalangan mereka dipercayai terkandas sekurang-kurangnya sebulan sebelum diselamatkan.
"Kami mengalu-alukan tindakan kemanusiaan oleh masyarakat dan pihak berkuasa tempatan di Indonesia," kata wakil UNHCR di Indonesia, Ann Maymann dalam satu kenyataan.
Seramai 26 orang maut ketika dalam perjalanan, manakala mereka yang diselamatkan mengalami dehidrasi dan keletihan selepas hanyut selama sebulan, menurut kenyataan itu.
Pelarian Rohingya yang sebelum ini tinggal di khemah sementara di Bangladesh berkata kekecewaan mendorong mereka untuk mengambil langkah yang membahayakan nyawa.
"Kami dianggap sebagai warga Myanmar yang dipindahkan secara paksa tanpa sebarang status pelarian. Anak-anak kami sedang membesar tanpa menerima pendidikan yang sewajarnya. Dalam persekitaran yang terhad di Bangladesh, kami takut menjadi generasi yang hilang," kata Amir Ali, seorang pemuda Rohingya.
Beliau juga berkata tiada sebarang persetujuan bagi penghantaran pulang Rohingya secara aman dan bermaruah ke negeri Rakhine Myanmar dalam masa terdekat.
Lebih 2,000 orang dilaporkan melakukan perjalanan berisiko di Laut Andaman dan Teluk Bengal tahun ini dan hampir 200 lagi dilaporkan meninggal dunia, menurut UNHCR.
Agensi pelarian itu turut menerima laporan bahawa sebuah lagi bot yang dinaiki 180 orang masih hilang, dengan semua penumpang dipercayai sudah mati.
Bangladesh kini menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta Rohingya di 33 kem di Cox's Bazar dan kebanyakan mereka melarikan diri daripada tindakan kejam tentera Myanmar pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022
Seramai 26 orang maut ketika dalam perjalanan, manakala mereka yang diselamatkan mengalami dehidrasi dan keletihan selepas hanyut selama sebulan. - AP
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Indonesia bongkar rangkaian penyeludupan manusia libatkan pelarian Rohingya di Aceh
Polis Aceh mengesahkan bahawa tiga suspek telah dikenal pasti manakala lapan lagi kekal dalam senarai dikehendaki.
Ketua Pelarian PBB gesa negara tamatkan kawalan sempadan yang 'tidak berkesan'
Filippo Grandi menekankan pentingnya program penginapan sah dan regularisasi serta memperluas laluan sah untuk migran dan pelarian.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan - Dr Wan Azizah
Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.
Mempertingkatkan hak wanita tanggungjawab bersama - Raja Permaisuri Agong
Raja Zarith Sofiah bertitah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk meningkatkan hak wanita bagi memastikan golongan itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam masyarakat.