WASHINGTON: Bas yang sarat dengan migran dilihat berada di luar kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris di Washington pada hujung minggu ini, lapor Xinhua.
Lebih 100 migran termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan tiba dengan tiga bas di Naval Observatory, lokasi kediaman naib presiden.
Sebahagian mereka hanya memakai baju-T dalam cuaca sejuk dan diberi selimut sebelum dipindahkan ke sebuah gereja.
Kumpulan migran itu termasuk pencari suaka dari Ecuador, Cuba, Nicaragua, Venezuela, Peru dan Colombia, kata seorang sukarelawan kepada CNN.
Aktivis imigresen berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di tengah-tengah negara dilanda cuaca sejuk kesan daripada ribut musim sejuk pada cuti Krismas ini.
Rumah Putih menyelar tindakan Gabenor Texas Greg Abbott dari Republikan yang telah menghantar migran ke bandar di bawah pimpinan Demokrat sebagai membantah dasar imigresen pentadbiran Biden.
"Gabenor Abbott membiarkan kanak-kanak di tepi jalan dalam suhu di bawah paras beku pada malam Krismas tanpa menyelaras dengan mana-mana pihak berkuasa persekutuan atau tempatan," kata jurucakap Rumah Putih Abdullah Hasan dalam satu kenyataan kepada media.
Beliau berkata pihaknya berulang kali menyatakan bahawa bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada Republikan mahupun Demokrat dalam mencari penyelesaian berhubung isu imigresen.
Abbott sebelum ini mendakawa Presiden Joe Biden dan timbalannya Harris "mengabaikan dan menafikan krisis di sempadan selatan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Lebih 100 migran termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan tiba dengan tiga bas di Naval Observatory, lokasi kediaman naib presiden. - Gambar fail/ Reuters
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Lebih 100 migran berada luar kediaman Naib Presiden AS ketika suhu bawah paras beku
Bas yang sarat dengan migran dilihat berada di luar kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris di Washington pada hujung minggu ini, lapor Xinhua.