PESHAWAR: Laluan di sempadan utama antara Afghanistan dan Pakistan ditutup sejak semalam, selepas pasukan keselamatan dari kedua-dua negara dilaporkan berbalas tembakan.
Menurut sumber keselamatan Pakistan, selepas 24 jam, sehingga kini sempadan masih belum dibuka.
Penduduk tempatan berkata, terdapat bunyi tembakan di persimpangan Torkham dan orang ramai di sekitar kawasan sempadan yang sibuk berhampiran Khyber Pass bertindak menyelamatkan diri apabila serangan semakin sengit.
Pegawai keselamatan dari kawasan itu, yang enggan dikenali, berkata tentera Taliban dan Pakistan saling berbalas tembakan, namun belum tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Jurucakap kerajaan tempatan di wilayah Nangahar, timur Afghanistan, dan jurucakap Pejabat Luar Pakistan pula masih enggan mengulas lanjut.
Pertikaian yang dikaitkan dengan sempadan sejauh 2,600 kilometer sering menjadi punca perbalahan antara negara berjiran itu selama beberapa dekad.
Titik sempadan Torkham ialah tempat transit utama bagi pengembara dan barangan antara Pakistan serta Afghanistan.
Laluan itu ditutup banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk pada Februari lalu yang menyaksikan ribuan trak barangan terkandas di sempadan selama beberapa hari.
Astro Awani
Wed Sep 06 2023

Titik sempadan Torkham ialah tempat transit utama bagi pengembara dan barangan antara Pakistan serta Afghanistan. - Foto REUTERS

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Laluan sempadan utama Afghanistan-Pakistan ditutup
Pertikaian yang dikaitkan dengan sempadan sejauh 2,600 kilometer sering menjadi punca perbalahan antara negara berjiran itu.

Tiga maut, puluhan terperangkap insiden tanah runtuh di Pakistan
Kejadian berlaku di Khyber Pass pada jam 2 pagi Selasa waktu tempatan akibat guruh kuat yang melanda kawasan itu.