Meskipun tiada kecederaan dilaporkan, insiden ini telah mencetuskan kritikan hebat terhadap pihak berkuasa.
Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melalui laluan pejalan kaki di daerah Phayathai itu terjatuh ke dalam lubang sejurus blok konkrit runtuh.
Bagaimanapun, kedua-dua pejalan kaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Susulan kejadian itu, sebilangan besar warga Bangkok menyuarakan kebimbangan terhadap insiden berkenaan.
Selepas insiden itu tular di media sosial, pegawai dari pejabat daerah Phayathai dilaporkan ke lokasi untuk memeriksa keadaan laluan pejalan kaki tersebut pada Isnin.
Menurut pejabat daerah, lubang berkenaan berukuran 2.5 meter lebar, tiga meter panjang, dan memiliki kedalaman satu meter.
Sementara itu, kawasan itu telah dipagar untuk kerja-kerja pembaikan serta bagi memastikan keselamatan pejalan kaki.
