BEIJING: Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Membawa konsep 'Parlimen Diplomasi,' Johari berkata Parlimen Malaysia memikul tanggungjawab untuk menyokong apa juga usaha yang dilakukan oleh Eksekutif atau Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh hubungan diplomasi sekali gus dapat melonjakkan pembangunan, martabat dan ekonomi negara.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dua kali berkunjung ke China pada tahun ini dan lawatan delegasi legislatif negara ke republik itu juga merupakan isyarat penting bahawa hubungan diplomasi Malaysia-China amat baik.
"Parlimen Diplomasi bermaksud Parlimen ambil tanggungjawab untuk sokong apa jua usaha yang dilakukan Eksekutif dan dalam kes ini, lawatan ke China.
"Kalau PM sudah laksanakan tugas beliau dengan baik sebagai 'jurujual' dengan 'jual' kelebihan perdagangan kita, 'jual' suasana harmoni negara... saya fikir kita harus bantu beliau kukuh kedudukan itu.
"Parlimen Diplomasi ini penting, misalnya apabila pemimpin luar datang dan kalau PM tiada kesempatan dalam menjelaskan isu tertentu, kita harus bantu," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama sempena lawatan rasmi beliau ke Beijing, China.
Johari, yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia, menamatkan lawatan rasmi ke republik itu atas undangan rakan sejawatnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 Zhao Leji, hari ini.
Semasa lawatan sejak 23 Sept itu, beliau mengadakan pertemuan dua hala bersama Zhao, Pengerusi Persidangan Konsultatif Politik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning dan Presiden China Xi Jinping selain menghadiri majlis pembukaan Sukan Asia Hangzhou 2023 serta melawat beberapa syarikat besar di negara itu dalam bidang teknologi, tenaga boleh diperbaharui, pertanian dan kecerdasan buatan (AI).
Johari juga berkata lawatan delegasi legistatif ke Beijing amat signifikan kerana menonjolkan keutuhan hubungan diplomasi dengan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas.
"Hubungan baik kita dengan China telah berlaku bukan sehari dua tapi sudah lama dan tahun depan kita akan meraikan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-Malaysia.
"Dengan dua kali lawatan PM dalam tempoh terdekat baru-baru dan jemputan Kerajaan China kepada saya ini beri isyarat bahawa kepada China, kita memang serius dalam hubungan ini," katanya.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, kerjasama diplomatik kedua-dua negara juga penting untuk pertukaran teknologi selain memastikan Malaysia di landasan tepat bagi mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN pada 2025.
Beliau berkata penting untuk Malaysia belajar dari negara lain khususnya China dan membuat acuan kepimpinan tersendiri untuk menerajui serta membawa ASEAN ke tahap lebih baik.
Katanya dalam gelombang kebangkitan ekonomi di ASEAN dan rantau Asia pada abad ke-21 ini, Malaysia perlu memastikan hubungan diplomatik dengan negara serantau kukuh serta bergerak seiring agar tidak ketinggalan.
Delegasi Malaysia disertai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yeng, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia M.Kulasegaran, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Datuk Awang Hashim dan Ahli Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia-Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) Chiew Choon Man.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Johari berkata lawatan delegasi legistatif ke Beijing amat signifikan kerana menonjolkan keutuhan hubungan diplomasi dengan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.