KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi gesaannya agar ASEAN menjalin hubungan lebih baik dengan pihak berkepentingan di Myanmar iaitu Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) yang dipilih rakyat sebelum rampasan kuasa dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) bagi menangani krisis yang semakin memuncak.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata penting untuk badan serantau itu melibatkan kedua-dua pihak berkenaan dalam rundingan yang inklusif dan adil.
"Bagi pemerhati dan mereka yang mengikuti perkembangan di Myanmar, anda akan tahu bahawa keadaan sangat kompleks dan terdapat banyak pihak berkepentingan.
"Malaysia tidak berpuas hati dengan penglibatan itu kerana sejak beberapa bulan lalu, kami telah menggesa ASEAN untuk melibatkan wakil dari NUG dan NUCC.
"Ya, mungkin pada masa lalu, terdapat pandangan yang berbeza, tetapi selepas rampasan kuasa dan terutamanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya rasa NUG telah melakukan tugas yang bagus dengan membina keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan.
"....Saya fikir anda mungkin tidak melihat perpaduan seperti itu dalam kalangan pihak berkepentingan," katanya pada sidang media di Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada Selasa.
Sidang media itu dianjurkan Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), Naib Presiden Parlimen Eropah dan Pengerusi Siasatan Parlimen Antarabangsa (IPI) mengenai tindak balas global terhadap krisis di Myanmar, Heidi Hautala. Turut hadir Ahli Parlimen Klang dan Pengerusi APHR , Charles Santiago.
Saifuddin mengulangi bahawa ASEAN harus mengusahakan rangka kerja yang mempunyai pengakhiran jelas termasuk mengembalikan demokrasi di Myanmar.
Menyentuh mengenai konsensus lima perkara (5PC), Saifuddin berkata terdapat keperluan mendesak untuk melihat semula pelaksanaan berkenaan kerana junta tentera tidak menunjukkan komitmen terhadap pelaksanaannya.
"Bagi Malaysia, kita perlu menangani 5PC sama ada ia berkesan dan masih relevan serta persediaan asas mesti dilakukan mulai sekarang.
"Jika 5PC tidak berjaya, menjelang November (semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2022), kita perlu memutuskan langkah seterusnya," katanya.
Saifuddin turut menyuarakan harapan untuk menyaksikan pemimpin dunia bersuara demi solidariti dengan rakyat Myanmar pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, perhimpunan tahunan terbesar pemimpin dunia, bermula 19 hingga 26 Sept.
"Kami amat berharap Ketua-ketua Negara, Kerajaan dan pemimpin akan bersuara bagi pihak Myanmar semasa berucap di UNGA," katanya.
Pada 1 Feb 2021, tentera Myanmar bertindak merampas kuasa, beberapa jam sebelum parlimen yang baharu dilantik itu bersidang buat kali pertama.
Sejak itu, lebih 2,000 orang terbunuh dalam pemberontakan menentang junta.
Pada Julai lalu, junta telah melaksanakan hukuman gantung terhadap empat tahanan politik, antaranya dua aktivis pro-demokrasi terkemuka.
Pada Ogos, pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi dikenakan hukuman penjara tambahan tiga tahun atas tuduhan penipuan pilihan raya, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjaranya kepada 20 tahun, termasuk dakwaan rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata penting untuk badan serantau itu melibatkan kedua-dua pihak berkenaan dalam rundingan yang inklusif dan adil. - BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.

ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.