NEW DELHI: Krisis berikutan rampasan kuasa tahun lepas di Myanmar menghalang rundingan perdagangan 10 anggota ASEAN dengan rakan-rakan ekonominya, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Myanmar menyukarkan proses membuat keputusan berasaskan kata sepakat ASEAN kerana perjanjian dengan rakan rundingan kumpulan itu boleh terhalang jika tiada kelulusan daripada mana-mana negara anggota.
Saifuddin mencadangkan ASEAN perlu mengambil kira sama ada hanya sembilan anggota perlu untuk mengadakan rundingan dan perjanjian.
"Sekiranya terdapat perjanjian perdagangan yang perlu ditandatangani oleh ASEAN dengan rakan kongsi , kita tidak boleh membiarkan Myanmar menghalang ASEAN. Jadi kita mungkin perlu berfikir bersama adakah ini sesuatu yang mungkin perlu kita lakukan dan apakah implikasi undang-undangnya," kata Saifuddin.
"Hanya kerana satu pihak tidak mahu menandatangani, sembilan yang lain juga tidak boleh menandatanganinya, menyebabkan kami tidak dapat meningkatkan perdagangan kami dengan EU dan rakan dialog lain. Ia tidak adil kepada ASEAN," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual semasa lawatannya ke India pada 15-17 Jun untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-India.
Saifuddin berkata Malaysia kecewa dengan kekurangan kemajuan dalam mencapai keamanan di Myanmar.
"Orang awam masih dibunuh, pelarian domestik tidak mendapat bantuan kemanusiaan, dan lebih ramai orang (pelarian melarikan diri daripada keganasan) terus datang ke Malaysia," katanya.
Tiada wakil dari Myanmar semasa Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India. Menteri Luar Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam pula mengadakan pertemuan tidak rasmi di luar acara itu pada 16 Jun.
"Hanya satu perkara yang dibincangkan iaitu mengenai Myanmar. Saya menekankan fakta bahawa kita tidak melihat kemajuan yang jelas ke arah menyelesaikan krisis Myanmar," kata Saifuddin kepada Bernama.
Menteri Luar Kemboja, yang merupakan utusan khas blok itu ke Myanmar, akan ke Myanmar untuk lawatan kedua menjelang akhir bulan ini.
"Kami mencadangkan bahawa beliau perlu bertemu dengan semua pihak berkepentingan," kata Saifuddin sambil menambah mereka mesti memastikan penyertaan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC).
Terdapat beberapa pendapat di kalangan ASEAN mengenai tahap perwakilan daripada pentadbiran Myanmar yang dibenarkan hadir ke mesyuarat kumpulan itu.
"Keadaan semasa adalah kita tidak menjemput Myanmar untuk menghantar perwakilan politik ke sidang kemuncak pemimpin ASEAN. Tetapi (mengenai) sektor lain, terdapat dua pendapat dalam kalangan negara ASEAN," kata menteri itu.
Ada yang berpandangan Myanmar harus dihalang daripada menghadiri semua mesyuarat menteri, manakala yang lain memihak untuk membenarkan kehadirannya, tambah beliau.
Malaysia dan beberapa anggota lain bersetuju bahawa Myanmar tidak sepatutnya diwakili pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Kemboja pada 22 Jun.
Sidang kemuncak kepimpinan ASEAN, yang kebiasaannya berlangsung pada November, perlu mempertimbangkan keputusan yang sukar jika kebuntuan mengenai Myanmar berterusan.
Saifuddin mencadangkan jika usaha ASEAN ke atas Myanmar tidak berhasil, mungkin lebih banyak tekanan antarabangsa diperlukan.
"EU dan rakan dialog lain boleh memainkan peranan. Kami telah berkongsi perkara yang sama dengan India dan China bahawa setiap negara mempunyai peranan untuk dimainkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Saifuddin mengadakan perbincangan dengan Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Tom Andrews, pada Isnin. - Facebook Saifuddin Abdullah
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.