Mereka bergegas ke hospital sebaik mendapat berita melalui media sosial mengenai kejadian itu meragut lebih 100 nyawa dan mencederakan 238 mangsa.
Menurut laporan Saudi Gazette, Jabatan Kesihatan Arab Saudi menyeru orang ramai tampil menderma darah bagi membantu tetamu Allah yang terlibat dengan segera.
Kebanyakan mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Ayjad.
Sementara itu, Emir Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah mengarahkan penubuhan dua jawatankuasa bagi menyiasat tragedi berkenaan.
Insiden tersebut dipecayai berpunca dari kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram itu tumbang.