LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) membelanjakan hampir 162 juta paun Sterling (RM911 juta) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara-acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari, kata Kementerian Kewangan negara itu.
Pemakaman negara pada 19 September 2022 itu berlangsung 11 hari selepas kematian baginda.
Semasa tempoh berkabung nasional itu, ratusan ribu orang melawat Westminster Abbey, tempat jasad baginda ditempatkan.
Menurut laporan portal BBC News, daripada jumlah tersebut, dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kebudayaan, Media dan Sukan menanggung kos yang tinggi.
Kos yang ditanggung kedua-dua kementerian itu masing-masing ialah sebanyak 74 juta 162 juta paun Sterling (RM416 juta) dan 57 juta 162 juta paun Sterling (RM320.8 juta).
Kesemua kos yang ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan berkaitan dengan pemakaman mendiang Ratu Elizabeth II serta acara-acara lain sebelumnya termasuk sepanjang jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, John Glen, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan "acara-acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan, selain memastikan tahap keselamatan orang awam" pada sepanjang masa terpelihara.
Dalam kenyataan menteri secara bertulis yang disampaikan kepada Parlimen, Glen berkata, Perbendaharaan UK turut menyediakan pembiayaan tambahan pada saat-saat diperlukan selain telah menjelaskan “sepenuhnya” perbelanjaan yang telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh kerajaan Scotland, Wales dan Ireland Utara.
Anggaran kos pemakaman Ratu Elizabeth II menerusi kementerian dan jabatan kerajaan adalah seperti berikut:
* Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan - 57.42 juta 162 juta paun Sterling
* Jabatan Pengangkutan - 2.565 juta 162 juta paun Sterling
* Jabatan Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan - 2.096 juta 162 juta paun Sterling
* Kementerian Dalam Negeri - 73.68 juta 162 juta paun Sterling
* Kementerian Pertahanan - 2.890 juta 162 juta paun Sterling
* Pejabat Ireland Utara - 2.134 juta 162 juta paun Sterling
* Kerajaan Scotland - 18.756 juta 162 juta paun Sterling
* Kerajaan Wales - 2.202 juta 162 juta paun Sterling
Jumlah keseluruhan: 161.743 juta paun Sterling
Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022, kerajaan UK mengumumkan tempoh berkabung nasional adalah selama 10 hari.
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.
Jasa mendiang Ratu Elizabeth II disemayamkan di St Giles Cathedral Edinburg selama 24 jam, sebelum dibawa ke Westminster Abbey di London di mana beribu-ribu orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan.
Orang ramai berbaris di London pada setiap waktu sepanjang hari, termasuk ketika suhu sejuk, untuk memberi penghormatan - pemain bola sepak England, David Beckham antara yang tidak terkecuali.
Skala pemakaman negara dan tempoh berkabung disifatkan polis sebagai "berkemungkinan operasi terbesar yang pernah dilakukan di UK" pada masa itu.
Pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia dan kerabat diraja asing menyertai keluarga diraja England itu bagi pemakaman negara di Westminster Abbey.
Acara pemakaman diraja itu turut ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.
Ia merupakan pemakaman negara pertama sejak pemakaman Sir Winston Churchill pada tahun 1965 dan merupakan acara penghormatan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Agensi
Fri May 19 2023
![Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662678245_QueenElizabethII.jpg)
Kerajaan United Kingdom membelanjakan hampir 162 juta 162 juta paun Sterling (RM911 juta) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara-acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari.
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739009435_FahmiFadzil.jpg)
3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Terengganu catat kerugian lebih RM40 juta akibat 'scammer' tahun lalu
Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairuddin berkata, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil, kesedaran masyarakat berhubung penipuan dalam talian dilihat masih rendah.
Bomoh disyaki cabul kanak-kanak disambung reman enam hari
Tempoh tahanan reman seorang bomoh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disambung enam hari sehingga Jumaat depan.
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat pukul 8 malam Sabtu.
![Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662678245_QueenElizabethII.jpg)
Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta
Keutamaan kerajaan UK ialah memastikan "acara-acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan."
![Agong, Permaisuri selamat tiba dari UK Agong, Permaisuri selamat tiba dari UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663824234_AgongKLIA.jpg)
Agong, Permaisuri selamat tiba dari UK
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan anakanda baginda tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 11.30 pagi tadi.
![Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663595391_QueenElizabeth.jpg)
Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II
Perarakan pemakaman Ratu Elizabeth II yang bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin (waktu tempatan) berjalan dengan penuh adat istiadat.
![Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663487319_QueenElizabeth.jpg)
Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan
Kedua-dua putera raja itu berpakaian seragam tentera dan berdiri berdekatan keranda mendiang Ratu Elizabeth II selama 15 minit.
![Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663399871_RajaCharlesRatuE.jpg)
Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam
Segelintir individu untuk 'meluahkan perasaan' terhadap peningkatan kos sara hidup di Britain.
![Ratu Elizabeth II mangkat: N. Sembilan kibar bendera separuh tiang Isnin ini Ratu Elizabeth II mangkat: N. Sembilan kibar bendera separuh tiang Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/81579469467_TBMajlisPerbandara.jpg)
Ratu Elizabeth II mangkat: N. Sembilan kibar bendera separuh tiang Isnin ini
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini.