SEPANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas lawatan khas enam hari ke United Kingdom (UK), bermula 16 Sept lepas.
Lawatan khas itu bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 Sept lepas.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan anakanda baginda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11.30 pagi tadi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria.
Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan melintasi barisan Kawalan Kehormatan Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Mejar Ammar Badrul Zaman.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba itu disusuli dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun.
Jasad Ratu Elizabeth II dimakamkan pada 19 Sept bersebelahan makam suaminya Duke of Edinburgh, Putera Phillip di Gereja Memorial King George VI.
Dalam rangka lawatan khas itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Presiden Singapura Halimah Yacob di Hotel InterContinental Park Lane, London pada 18 Sept.
Semalam, Al-Sultan Abdullah turut berkenan melakukan kunjungan hormat dan bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Brunei, London. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah berkenan mengaminkan bacaan doa pada istiadat menyambut keberangkatan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, hari ini. - Gambar BERNAMA
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.