CHINA mengumumkan bahawa akan melaksanakan pengasingan berpusat bagi semua kes yang disyaki jangkitan koronavirus.

Menurut Ibu Pejabat Kawalan dan Rawatan Jangkitan Pneumonia Akibat Koronavirus di Wuhan, proses penyaringan dan diagnosis juga akan dipermudahkan dan dipendekkan sejauh mungkin.

Tindakan ini diambil dalam usaha untuk mengelakkan terjadinya lebih banyak jangkitan silang.

Sebuah hotel empat bintang di daerah Hanyang, Wuhan, digunakan untuk mengasingkan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit kes yang disahkan atau disyaki untuk pemerhatian.

Hotel itu menyediakan 120 bilik untuk tujuan pengasingan, dan kini menjadi tuan rumah kepada 24 individu untuk pemerhatian terpencil, termasuk tiga pekerja perubatan.

Dalam tempoh pemerhatian, mereka tidak dibenarkan keluar dari bilik.

Bekalan makanan disediakan kerajaan tempatan dan dihantar ke setiap bilik oleh kakitangan perubatan.

Tempoh pengasingan setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada keputusan ujian perubatan.