SEOUL: Korea Selatan melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai 'amoeba pemakan otak', menurut pihak berkuasa kesihatan pada Isnin.
Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengesahkan kematian warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap selama empat bulan di sana.
"Dia dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan meninggal dunia pada Rabu lalu. Kami telah melakukan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen yang menyebabkan Naegleria fowleri untuk mengesahkan punca kematiannya.
"Keputusan ujian itu menunjukkan gen dalam tubuh lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara," jelas KDCA.
Difahamkan, ia adalah kes pertama jangkitan itu yang dilaporkan di Seoul selepas Naegleria fowleri muncul di Virginia pada 1937.
Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup di dalam tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, tasik dan sungai di seluruh dunia.
Ia memasuki tubuh manusia melalui hidung dan menuju ke otak.
Antara simptom awal termasuk sakit kepala yang teruk, demam, loya atau muntah dan tempoh inkubasi Naegleria fowleri biasanya dua hingga tiga hari atau boleh mencecah sehingga 15 hari.
Sebagai langkah berjaga-jaga, KDCA telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan di mana penyakit itu dikesan walaupun penyebaran antara manusia adalah mustahil.
Sehingga 2018, sebanyak 381 kes Naegleria fowleri telah dilaporkan di seluruh dunai termasuk India, Thailand, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun.
Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di AS, sebanyak 154 kes jangkitan 'amoeba pemakan otak' dilaporkan dari 1962 hingga 2021 dan hanya empat pesakit terselamat dengan kadar kematian lebih 97 peratus. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Tue Dec 27 2022
Keputusan ujian itu menunjukkan gen dalam tubuh lelaki itu adalah 99.6 peratus sama dengan yang ditemui pada pesakit meningitis di luar negara. - Foto Agensi
Dua keluarga mangsa kebakaran terima bantuan rumah SMJ
Dua keluarga mangsa kebakaran di Kg Sin On Tiku, Tawau bersyukur kerana tidak lagi menumpang di rumah saudara selepas menerima bantuan rumah SMJ oleh kerajaan negeri Sabah.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Pembangunan infrastruktur di sempadan diteruskan
Kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan terus mempergiatkan pembangunan infrastruktur di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan dalam usaha memperkasa sektor ekonomi.
PETROS labur RM1.96 bilion bangunkan tapak penyimpanan karbon pada 2024
Menteri MINTRED Datuk Amar Awang tengah Ali Hasan memaklumkan PETROS akan meningkatkan pelaburannya kepada RM4 bilion bagi projek pembangunan tapak penyimbpanan karbon di Sarawak pada tahun depan.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
SPRM sahkan bekas CEO SMM dirakam percakapan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.
Mahasiswa anak Sarawak terima RM1,200
Kerajaan Sarawak mengumumkan bahawa semua mahasiswa anak Sarawak yang menuntut DI Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia, akan diberikan wang saku RM1,200.
Mahasiswa IPT di Sarawak menghargai sumbangan wang saku oleh kerajaan Sarawak yang diberi tanpa mengira latar belakang bagi mengurangkan beban perbelanjaan.
Mahasiswa IPT di Sarawak menghargai sumbangan wang saku oleh kerajaan Sarawak yang diberi tanpa mengira latar belakang bagi mengurangkan beban perbelanjaan.
2 bulan gaji kepada penjawat awam negeri, RM700 persekutuan
Penjawat awam Sarawak mendapat durian runtuh apabila menerima bonus dua bulan gaji pokok yang akan disalurkan bulan depan.
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada siasatan SPRM
Ketika ucapan penggulungan jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa mengenai pengurusan mineral
Reformasi jadi 'reforbasi' atau 'reformati' jika lantik ahli politik dalam BOD - YB Pendang
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim persoalkan tatakelola ataupun urus tadbir yang nak dibuat reformasi menjadi 'reforbasi' ataupun 'reformati' sekiranya meletakkan orang politik dalam BOD.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.
Jurulatih Gwangju terkejut JDT dibarisi ramai pemain import
Jurulatih Gwangju FC, Lee Jung-hyo mengakui terkejut apabila mendapati Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai ramai pemain import dalam kesebelasan utama pasukan itu.
[KOLUMNIS] Menelusuri sejarah Jambatan Persahabatan Malaysia–Korea Selatan
MALAYSIA dan Korea Selatan telah menjalin hubungan diplomatik mulai 23 Februari 1960.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Bapa, abang Son Heung-min didenda dera kanak-kanak di akademi bola sepak
Bapa dan abang penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dikenakan denda susulan melakukan penderaan kanak-kanak di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan.
Kesepakatan Sidang Kemuncak Trilateral China, Jepun dan Korea Selatan sokong pertumbuhan syarikat pemula ASEAN - Anwar
Malaysia mengalu-alukan kesepakatan dicapai Sidang Kemuncak Trilateral kesembilan antara China, Jepun dan Korea Selatan.
Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian.
ASEAN perkukuh kerjasama digital dengan Korea Selatan, Jepun
ASEAN terus komited meningkatkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang transformasi digital, selain sumber manusia dan rantaian bekalan.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).