RAMALLAH: Ketegangan di Tebing Barat meningkat di antara rakyat Palestin dan tentera rejim Israel selepas beberapa siri serangan berlaku di kedua-dua belah pihak minggu ini.
Dua lagi warga Palestin maut ditembak tentera zionis, berhampiran sempadan di Tebing Barat pada Ahad.
Kejadian itu mencetuskan kebimbangan serangan skala lebih besar berlaku.
Rejim Israel turut menangkap dua rakyat Palestin.
Mangsa sebelum itu dipercayai menyelinap ke Israel dan membunuh tiga orang di bandar Elad, Khamis lalu.
Hamas, pentadbir wilayah Gaza sebelum ini mendakwa serangan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis ketika Ramadan lalu.
Sejak sebulan lalu, rakyat Palestin dan polis Israel telah berulang kali bertempur di kawasan sensitif itu.
Israel menceroboh Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis dalam perang Asia Barat 1967.
Astro Awani
Mon May 09 2022

Tentera Israel berkawal di sekitar kawasan Damsyik ke Baitulmaqdis pada 8 Mei 2022. -REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Konflik Tebing Barat: Dua rakyat Palestin terbunuh, ketegangan meningkat
Konflik tebing barat : dua rakyat palestin terbunuh, ketegangan meningkat