ANKARA: Amerika Syarikat (AS) telah memindahkan petugas kedutaan dan keluarga mereka dari Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran yang berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Presiden Joe Biden mengucapkan terima kasih kepada diplomat dan tentera Amerika atas usaha mereka.
"Keganasan di Sudan telah meragut nyawa ratusan orang awam yang tidak bersalah. Ia tidak wajar dan mesti dihentikan.
"Pihak yang berperang mesti melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat, membenarkan akses kemanusiaan dan menghormati kehendak rakyat Sudan," kata Biden.
Sementara itu, Setiausaha Negara Antony Blinken berkata AS menggantung sementara operasi kedutaan di Khartoum.
"Ia keputusan yang sukar tetapi perlu diambil kerana keselamatan kakitangan kami adalah tanggungjawab utama saya," kata Blinken dalam satu kenyataan.
Pada Sabtu, gencatan senjata selama 72 jam yang dipersetujui kedua-dua pihak yang bertelagah tidak dipatuhi, menyaksikan pertempuran terus meletus di Khartoum dan beberapa kawasan lain termasuk di bandar Bahri dan Omdurman.
Selain itu, kerajaan Perancis turut mengambil langkah sama dengan memulakan operasi memindahkan rakyat dan kakitangan diplomatiknya, menurut Kementerian Luar Perancis pada Ahad.
"Kementerian Eropah dan Hal Ehwal Luar dan Kementerian Angkatan Tentera sedang menyelaraskan operasi pemindahan kakitangan diplomatik dan rakyat negara kami di Sudan," menurut kementerian itu, lapor Sputnik.
Operasi pemindahan itu turut melibatkan rakyat dari negara "rakan kongsi Eropah dan sekutu" Perancis serta kakitangan diplomatik Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023
Amerika Syarikat (AS) telah memindahkan petugas kedutaan dan keluarga mereka dari Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran yang berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF). - Gambar fail/REUTERS
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.
Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.
Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.