Ini bukan filem fiksyen tapi kisah nyata yang berlaku di Jerman. Seorang jururawat berdepan 97 lagi dakwaan bunuh sekaligus menjadikannya sebagai antara pembunuh bersiri paling kejam di negara itu.
Niels Hoegel dituduh membunuh 62 pesakit di sebuah klinik di Delmenhorst ketika dia berkhidmat di sana dari 1999 hingga 2002.
35 orang lagi mangsa dibunuh di sebuah klinik dekat Oldenburg antara tahun 2003 hingga 2005.
Ini bukan dakwaan pertama melibatkan Niels Hoegel. Dia ketika ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah dalam enam tuduhan bunuh dan cubaan bunuh.
Hoegel, 41 didakwa menyuntik pelbagai jenis dadah kepada pesakit sehingga membawa maut.
Kesimpulan dibuat berdasarkan ujian toksikologi terhadap 134 mayat bekas pesakitnya yang digali semula untuk mengenal pasti punca kematian.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Hogel mengaku menyuntik pesakit, dengan harapan akan dianggap wira jika berjaya menyelamatkan pesakit itu.
Pihak pendakwa raya dalam hujahnya menegaskan Hoegel sepatutnya sedar dadah berkenaan boleh menyebabkan kegagalan jantung atau masalah peredaran darah.
Hoegel juga didakwa gagal menyelamatkan mangsa yang mula mengalami kesakitan akibat kesan dadah itu.
Pihak polis percaya jumlah sebenar mangsa jururawat pembunuh ini sebenarnya lebih ramai dan tidak menolak kemungkinan ada mayat mangsa yang telah dilupuskan.
Astro Awani
Wed Jan 24 2018
Niels Hoegel yang didakwa membunuh lebih 100 pesakitnya dianggap antara pembunuh bersiri paling kejam dalam sejarah Jerman. - Gambar Twitter @ChuckRoss33
Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.
Hamilton juara Grand Prix Britain, kemenangan pertama sejak 2021
Lewis Hamilton mengalahkan Max Verstappen dan Lando Norris untuk menjuarai Grand Prix Britain, kemenangan pertamanya sejak 2021 dan ke-104 sepanjang kariernya.
Tindakan Panama pasang kawat berduri di sempadan dikritik
Tindakan kerajaan Panama memasang pagar kawat berduri bagi menyekat aliran pendatang melalui hutan Darien yang menghubungkan Amerika Tengah ke Colombia, mencetuskan tentangan daripada penduduk tempatan dan negara jiran.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Sebuah lapangan terbang di California terbakar
Sejumlah anggota bomba menggunakan helikopter dan kapal terbang pada Sabtu untuk mengawal kebakaran berhampiran lapangan terbang di timur Sacramento, California.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
2024 mungkin jadi tahun paling panas di dunia - Kajian
2024 berkemungkinan menjadi tahun paling panas di dunia.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.
EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir
Polis di Jerman menarik nafas lega selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye pada EURO 2024.
Pemimpin sayap kiri gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Presiden Perancis Emmanuel Macron mesti mengaku kalah dalam pilihan raya parlimen Perancis, di mana pakatan sayap kiri 'New Popular Front' (NFP) memenangi kerusi terbanyak walaupun tidak mencapai jumlah majoriti mutlak.
Seoul kesal kenyataan kakak Kim Jong Un
Kementerian penyatuan Korea Selatan yang mengendalikan hal ehwal antara Korea pada Isnin kesal selepas Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menuduh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Latihan ketenteraan Korea Selatan adalah bentuk provokasi
Latihan ketenteraan Korea Selatan baru-baru ini berhampiran sempadan antara kedua-dua negara adalah provokasi yang tidak boleh dimaafkan.
Berdasarkan laporan media kerajaan KCNA, menurut Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada isnin, seandainya Korea Utara menilai kedaulatannya sendiri dicabul, angkatan tenteranya akan segera melaksanakan misi dan tugas mengikut perlembagaannya.
Berdasarkan laporan media kerajaan KCNA, menurut Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada isnin, seandainya Korea Utara menilai kedaulatannya sendiri dicabul, angkatan tenteranya akan segera melaksanakan misi dan tugas mengikut perlembagaannya.
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.
Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun
Wanita itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Iman Adelia Yusullah.
Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi
Lebih menyayat hati apabila bayi itu dibuang kerana remaja terbabit tidak pandai menguruskannya.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.