KABUL: Satu letupan di wilayah Badakhshan utara Afghanistan telah mengorbankan ketua polis wilayah dan menyebabkan dua lagi cedera, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Abdul Nafi Takor pada Isnin.

"Insiden letupan di wilayah Badakhshan pagi ini meragut nyawa Ketua Polis wilayah Mawlawi Abdul Haq Abuomar dan mencederakan dua yang lain," kata Takor kepada Xinhua.

Susulan insiden berkenaan polis telah menahan empat orang yang disyaki terlibat dalam serangan itu.

Ini adalah letupan kedua di Afghanistan sejak Ahad. Satu letupan menggegarkan Daerah 6 Kabul pada Ahad namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-- BERNAMA