Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), mengumumkan meletakkan jawatan berkuat kuasa 31 Ogos, sebelum tamat penggalnya.

Roberto Azevedo memaklumkan keputusan peribadi itu dibuat selepas berbincang dengan keluarga.

Beliau mengetuai WTO sejak 2013.


Peletakan jawatan awal oleh Azevedo ini berlaku ketika ekonomi global berdepan tempoh mencabar.

Ini termasuk pandemik koronavirus yang menjejaskan ekonomi global dan menyebabkan perdagangan antarabangsa kini dalam krisis.

Perdagangan global sebelum ini sudah terkesan dengan tekanan politik dan ketidaktentuan Brexit, serta perang perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS).