MADRID: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menerima Anugerah Carlos V daripada Raja Sepanyol, Raja Felipe VI, pada satu majlis di Biara Yuste di bandar Caceres di barat Sepanyol pada Selasa.

Anugerah itu diberikan kepada individu yang telah menyumbang kepada pemahaman dan penghayatan tentang budaya, nilai saintifik serta proses penyatuan masyarakat Eropah, lapor Xinhua.

Dalam ucapannya, Guterres, menyeru kepada perdamaian sebagai "senjata diplomatik" dan bukan dengan menggunakan peluru untuk membantu menamatkan konflik di seluruh dunia.

"Keamanan tidak boleh dipandang remeh atau diambil mudah. Kita mesti bekerja untuknya setiap hari, tanpa rehat. Dalam dunia yang sekarang, kita mesti memulihkan perpecahan, mencegah peningkatan kekacauan, mendengar rintihan. Apa yang kita perlukan ialah senjata diplomatik," katanya.

-- BERNAMA