NEW DELHI: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha pada Selasa mengecam penindasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan di Baitulmaqdis.
Isu Palestin adalah tumpuan utama pertubuhan itu dan menuntut Israel menamatkan polisi mengenai penempatan haram, "meyahudikan" Baitulmaqdis dan serangan tanpa henti ke atas pusat tumpuan umat Islam, termasuk Masjid Al Aqsa, katanya.
Beliau mendakwa rejim zionis itu melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin, merampas tanah, melakukan penahanan sewenang-wenangnya, aparteid dan pembersihan etnik.
"Perbuatan haram ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa yang berkaitan, perjanjian dan resolusi," katanya ketika berucap pada sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC di Islamabad.
Beliau menyeru anggota OIC "memperkukuh semangat perpaduan dan bersama-sama menentang" "jenayah dan serangan Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah tamat."
Beliau turut menyentuh mengenai beberapa isu antarabangsa, termasuk krisis Rohingya, Jammu dan Kashmir, serta peperangan di Yaman dan krisis di Ukraine.
Berhubung "isu Jammu dan Kashmir" OIC mengkritik pemansuhan India terhadap status autonomi terhad di wilayah majoriti Muslim, katanya.
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Menteri Luarnya Shah Mahmood Qureshi dalam ucapannya turut membangkitkan isu Jammu dan Kashmir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Menteri Luar Pakistan Shah Mahmood (kiri) bersama Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha (kanan) ketika hadiri sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC di Islamabad. - Foto REUTERS
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.
OIC kecam tindakan Knesset Israel larang operasi UNRWA
Langkah itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, serta usaha berterusan Israel untuk hapuskan isu pelarian Palestin.
OIC kecam serangan Israel di utara Gaza
Rakyat Palestin mempertikaikan dakwaan Israel, mengatakan serangan maut itu bertujuan untuk memaksa mereka meninggalkan kawasan itu untuk selama-lamanya.
Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024
Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran.
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam
Polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.
Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).