Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) mengesahkan berjaya menahan seorang pengedar dadah yang paling dikehendaki di negara itu pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah PDEA, Aaron Aquino, individu dadah paling dikehendaki itu dikenali sebagai Henry Dimagmaliw, 43 tahun.

Ketua kartel dadah terbesar Velasquez itu ditahan di rumahnya di Velasquez Street, Tondo, pada jam 10:30 pagi Jumaat.

Dalam operasi tersebut, PDEA berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai P750,000, pistol, beberapa butir peluru, wang tunai P14,000, empat telefon bimbit dan dua buah kenderaan.

Turut ditahan adik bongsu suspek yang turut tersenarai sebagai individu paling dikehendaki, Henry Allan.

Suspek akan berdepan pertuduhan melanggar Akta Dadah Berbahaya Komprehensif 2002 dan Undang-undang Komprehensif Senjata Api dan Peluru.