WASHINGTON: Pengembara bawah 18 tahun yang belum mendapat vaksin COVID-19 dan melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat melalui udara tidak perlu menjalani kuarantin kendiri selepas ketibaan.

Perkara itu disahkan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Rochelle Walensk.

Beliau menjelaskan, kanak-kanak belum divaksin yang tiba di Amerika Syarikat tidak perlu kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Peraturan baharu dikeluarkan susulan kebimbangan dalam kalangan pelancong asing bahawa anak-anak mereka perlu dikuarantin selama tempoh itu selepas ketibaan.

Pada 8 November, Amerika Syarikat menarik balik sekatan perjalanan antarabangsa.

Sebelum ini sekatan itu dikenakan terhadap United Kingdom, 26 negara di Eropah, Ireland, China, India, Afrika Selatan, Iran dan Brazil.

Ia juga mengenakan peraturan baharu yang memerlukan hampir semua pelawat udara dewasa asing lengkap vaksin COVID-19.