KUALA LUMPUR: Impak kenaikan harga minyak terhadap negara-negara Asia Pasifik dan global akan berlaku sekiranya ketegangan konflik di Timur Tengah pada masa ini tidak reda dalam masa terdekat, kata Moody's Analytics.
Dalam ulasannya hari ini, firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
Pada 12 April, 2024, menjelang serangan Iran ke atas Israel, minyak mentah West Texas Intermediate diniagakan pada US$85 hingga US$90 setong (US$1=RM4.7715) dan daripada jumlah itu, dianggarkan US$5 merupakan premium risiko susulan jangkaan serangan berkenaan.
"Memandangkan serangan itu telah pun dilancarkan, kami menjangkakan harga minyak akan menokok US$5 setong lagi terhadap premium risiko itu dan melonjakkan harga minyak kepada lingkungan US$90 hingga US$95 setong.
"Terdapat dua kemungkinan di sini dengan yang paling ketara adalah tindak balas terancang serta bertahan dari Israel yang meredakan ketegangan, seiring dengan tekanan daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta komuniti global secara meluas.
"Ini akan menyaksikan premium risiko US$10 setong itu akan lenyap dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
"Kedua, risiko lebih menjejaskan adalah konflik yang berleluasa apabila Israel bertindak balas dan jika itu berlaku, harga minyak boleh melonjak kepada lebih daripada US$100 setong," katanya.
Malah, Moody's Analytics berkata harga minyak yang melambung tinggi juga berisiko untuk menjejaskan kemajuan rantau Asia Pasifik dalam menangani inflasi.
Sejajar dengan kedudukan kebanyakan ekonomi Asia Pasifik sebagai pengimport bersih minyak, perkembangan ini boleh menyebabkan negara-negara itu terdedah kepada lonjakan minyak global dengan kesan yang berbeza di seluruh negara berkenaan.
Namun, kata Moody's Analytics, secara amnya wujud tiga cabaran utama akibat kenaikan harga minyak -harga lebih tinggi akan meningkatkan inflasi menerusi peningkatan kos tenaga dan bahan api serta menambah kos pengeluaran dan kos pengangkutan secara menyeluruh, sekali gus menaikkan harga semuanya keperluan termasuk makanan.
"Risiko peningkatan kos makanan menerusi kos baja, pengangkutan dan benih amat membimbangkan kerana di kebanyakan Asia, inflasi harga makanan yang tinggi menyebabkan indeks harga pengguna secara ketara dan sukar susut ke paras yang disasarkan oleh bank-bank pusat.
"Pada masa sama, harga minyak yang lebih tinggi juga berpotensi meningkatkan jangkaan inflasi dan menyukarkan lagi usaha pihak bank pusat.
"Kesemua ini berpotensi mengekang prospek pengurangan kadar faedah, terutamanya jika pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menangguhkan langkah melonggarkan monetari.
"Bergantung sejauh mana harga minyak itu dapat bertahan, ini boleh membawa kepada kenaikan kadar faedah," katanya.
Moody's Analytics berkata sebarang kenaikan harga minyak adalah buruk bagi ekonomi-ekonomi Asia Pasifik, khususnya dengan senario disinflasi - proses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar inflasi tinggi yang terbukti telah terbantut di beberapa negara.
"Harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi serta beberapa inisiatif kerajaan, masih memberi tekanan ke atas harga di Indonesia, Korea Selatan, Singapura, Vietnam dan Malaysia.
"Sebarang kejutan harga minyak akan memburukkan lagi cabaran ini dengan impaknya sehingga beberapa kali ganda. (Negara) pengeksport bersih minyak rantau ini juga tidak semestinya menjadi pemenang bersih.
"Walaupun Malaysia dan Brunei boleh memperoleh pendapatan tinggi apabila harga minyak meningkat, kebanyakannya akan dijejaskan oleh permintaan global yang lebih lemah apabila inflasi kembali ketara di seluruh dunia dan menyebabkan isi rumah terjejas," katanya.
Sementara itu, Rystad Energy menerusi kemas kini terbaharunya mengenai pasaran minyak berkata setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana reaksi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) terhadap perkembangan terbaharu krisis Timur Tengah.
Apa yang pasti, syarikat risikan perniagaan dan penyelidikan tenaga bebas berpangkalan di Norway itu berkata peningkatan ketara ketegangan geopolitik akan menyukarkan lagi usaha OPEC+ untuk menguruskan pasaran minyak secara berhati-hati.
"Pada masa ini, kumpulan berkenaan telah melanjutkan pengurangan pengeluaran secara sukarela sehingga akhir Jun ini dan dijangka berkemungkinan besar meneliti semula langkah itu dalam Mesyuarat Peringkat Menteri yang dijadualkan pada 2 Jun, 2024.
"Namun, sekiranya situasi di Timur Tengah terus buruk, OPEC+ juga mungkin mengadakan mesyuarat luar biasa dalam minggu-minggu akan datang. Bersandarkan kapasiti berbaki hampir enam juta tong sehari, kumpulan itu mungkin meningkatkan had tekanan kenaikan harga jika konflik terus berleluasa," katanya.
Rystad Energy berkata kenaikan harga minyak yang berlarutan akan mencetuskan semula inflasi di negara-negara Barat dan menggalakkan bank pusat untuk menangguhkan sebarang usaha penormalan monetari dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi global lemah.
Selain itu, ia berkata keadaan dunia pada masa ini tidak sama dengan 1973 apabila embargo minyak dilaksanakan, terutamanya dengan pakatan geopolitik yang berbeza dan OPEC pula enggan mengulangi kesilapan yang boleh mencetuskan krisis tenaga dengan implikasi berpanjangan.
"Selain itu, OPEC juga sentiasa menekankan dan telah membuktikan bahawa organisasi itu bukan satu entiti politik dan peranannya semata-mata menyelaras dan menyeragamkan dasar-dasar petroleum negara-negara anggotanya.
"Adalah relevan untuk mengetengahkan bahawa kepentingan neara-negara Teluk dalam usaha mengurangkan keadaan juga mempunyai motivasi yang pelbagai," katanya.
Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau rapat perkembangan konflik di Timur Tengah dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak atau impaknya ke atas Malaysia.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan bertindak secara bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Moody's menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak. -Gambar fail/EPA
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.
Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.