KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang sejak enam tahun lepas, menurut Moody's Investors Service.
Agensi penarafan itu juga mengunjurkan sumbangan terbesar datang dari Malaysia dan Indonesia, sebahagiannya menunjukkan keperluan pembiayaan semula sukuk yang lebih tinggi dan berterusan, walaupun defisit fiskal telah semakin baik secara sederhana.
"Defisit fiskal Malaysia dijangka berkurangan kepada kira-kira lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2023-2024, daripada enam peratus pada 2022, namun akan kekal cukup untuk menyokong terbitan sukuk berdaulat tahunan US$20 bilion hingga US$22 bilion (US$1=RM4.519) bagi kedua-dua tahun itu," menurutnya dalam laporan pada Rabu.
Menurut Moody's, tiada perubahan besar ke atas dasar fiskal dijangka dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mengekalkan defisit fiskal yang lebar bagi 2024 untuk menyokong pemulihan ekonomi.
"Ini akan mengekalkan tahap terbitan sukuk kasar yang agak tinggi, dengan mengandaikan kira-kira separuh daripada pembiayaan kerajaan kasar akan dipenuhi melalui terbitan sukuk." tambahnya.
Moody's memaklumkan Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang kali pertama dibentangkannya pada 24 Feb, 2023 untuk menggalakkan lagi pertumbuhan dalam kewangan Islam.
"Antaranya adalah untuk memisahkan simpanan syariah daripada simpanan konvensional yang dilaburkan oleh dana pencen sektor swasta nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan demikian mereka menjana pulangan yang lebih kukuh untuk pemegang akaun syariah," menurutnya.
KWSP ialah pemegang individu terbesar bagi hutang kerajaan Malaysia, jelas Moody's.
Moody's menjangkakan bagi 2023, penerbitan sukuk berdaulat jangka panjang akan stabil pada kira-kira US$80 bilion susulan kecairan global yang ketat dan masih menyokong, walaupun harga minyak mentah yang lebih rendah, sebelum meningkat kepada US$80 bilion hingga US$85 bilion pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023

Agensi penarafan itu juga mengunjurkan sumbangan terbesar datang dari Malaysia dan Indonesia. - Fail
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.