Kesilapan seorang petugas di unit pertahanan udara Iran yang terlupa membetulkan semula sistem radar penyambung rangkaian komunikasi didakwa menjadi punca kepada terhempasnya pesawat penumpang Ukraine pada Januari lalu.

Rakaman kejadian pesawat Ukraine ditembak jatuh Iran tular

Perakam video pesawat Ukraine terhempas ditahan

Menurut laporan Organisasi Penerbangan Awam Iran, pesawat berkenaan terhempas selepas dua peluru berpandu disasarkan ke arahnya dari unit pertahanan udara yang tersalah anggap bahawa pesawat tersebut sebagai peluru berpandu dari luar.


Ia terjadi selepas seorang pengendali radar terlupa untuk menyesuaikan semula arah utara pada sistem radar berkenaan setelah beralih ke posisi baharu.

Lima negara mangsa nahas pesawat ditembak Iran tuntut siasatan antarabangsa

Kesilapan itu telah menyebabkan ralat berlaku dan data radar disalah baca sehingga berlakunya kemalangan tersebut, kata laporan yang diterbitkan di laman web CAO pada Sabtu.


"Pengendali sistem pertahanan udara itu telah melancarkan peluru berpandu ke atas apa yang dikesannya sebagai 'sasaran musuh' tanpa kebenaran daripada pusat komando," jelas CAO.

Ia menambah bahawa orang yang tidak disebutkan namanya mengambil tindakan secara bebas dan tanpa izin dari pihak atasan.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas sistem pertahanan Iran diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ancaman serangan peluru berpandu dari Amerika Syarikat yang berpusat di pangkalan udara Iraq dikesan.

Iran sahkan dua peluru berpandu tembak jatuh pesawat Ukraine

Nahas pesawat Ukraine: Pemimpin agung Iran pertahan pasukan pengawal

Kerajaan Iran berkata kesilapan petugas itu mencetuskan rantaian kesilapan lain yang menyebabkan pesawat penerbangan antarabangsa Ukraine 752 ditembak jatuh sejurus berlepas.

Nahas pesawat Ukraine: Iran mahu bawa kotak hitam ke Perancis

Dilaporkan sejumlah 176 kematian penumpang dan kru pesawat terbunuh dalam nahas itu.

Presiden Ukraine tuntut permohonan maaf rasmi dari Iran

Enam orang telah ditahan berhubung dengan kejadian itu, kata pihak berkuasa pada Jun, tanpa memberikan perincian lanjut.

Penyahkodan dan siasatan lanjut ke atas kotak hitam jet itu dijangka bermula 20 Julai ini.