Empat individu dijadikan tebusan di Congregation Beth Israel namun seorang dibebaskan enam jam kemudian selepas rundingan dengan polis.
Media tempatan melaporkan terdengar beberapa bunyi letupan di rumah ibadat tersebut sebelum Gabenor Texas, Greg Abbott mengumumkan pembebasan kesemua tebusan.
"Doa kami telah dimakbulkan. Kesemua tebusan berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan selamat," katanya dalam ciapan terbaharu di akaun Twitter miliknya tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Jabatan Polis Colleyville berakata, pasukan tindakan SWAT dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.41 pagi Sabtu waktu tempatan.
Agen Biro Siasatan Persekutuan (Amerika Syarikat) FBI kemudian memulakan rundingan dengan suspek bagi membebaskan tebusan berkenaan.
BACA: Lelaki bersenjata tahan beberapa individu sebagai tebusan di 'synagogue'
Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak polis tidak mendedahkan jenis senjata yang dimiliki suspek.
Lelaki berkenaan mendakwa dirinya adik kepada ahli neurosain warga Pakistan yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 85 tahun di Amerika Syarikat.
Suspek dikatakan mahu bercakap dengan kakaknya itu dan dia dibebaskan.